Wednesday, September 3, 2014

Berwajah baru..

Ari Jumaat 29/08/2014 gi amek angah kat Lenggong. Mcm biasa sejak 3 bulan ni...gi ngan Along. Dia yg drive sang kancil tu pi-balik. Bagi biasa memandu di jalan2 besar gitu, kan. Perjalanan mengambil masa satu jam suku jgk ler dari umah kitorang nak ke sana.
Pintu masuk utama...
Masuk2 dalam kawasan maktab...tengok2 bangunan akademik dorang dh bercat baru....tp tak selesai lagi. Masih ada keje2 mengecat sedang dijalankan...
Nampak ler kaler ceria sket. Merah tu mmg warna korporat MARA, lah...kan..
Sebahagian lagi bangunan akademik.
Mmg nampaknya sekarang ni bangunan2 MARA sedang dipercantikkan dan mungkin dinaiktarafkan menjadi 5s kot. Kedai MARA kat Kamunting pun dh dicat penoh kaler merah. Dari jauh dh nampak, hehe..
Pejabat MARA nya pun lebih nampak korporat. 

Sabtu 30/08/2014 ari tu...kitorang melawat Akiss.
MRSM di tempat akiss pun keje2 perelokkan bangunan sedang giat dijalankan.
Cat pun dh ditukar baru.
Ni blok aspura....
Blok pentadbiran..
Cuma tengok laa...kaler yg dipilih tu kaler masam sket, kan..huhu.
Berbeza ngan kaler kat MRSM angah tu...kalernya ceria jer.
Tapi takpe laa...asal bertukar baru, ok laa tu. Dh itu citarasa pengurusan, kan...hihi.

Maktab kat Taiping pulak...mmg dh bertukar ler cat bangunan dorang sejak ujung tahun lepas..ngan kaler biru, putih, merah....di sepanjang tembok pagarnya. Bangunan2 pun dh bertukar cat baru. Macam2 kaler. Dewan besar kaler lain, dewan selera kaler lain....asrama pelajar kaler lain, hihi..

Semoga anak2 ibu belajar laa sebaik2nya ye.
Semua hasil nanti adalah utk diri sendiri jugak.
Ibu dan abah tumpang gembira, tumpang bahagia.

Nota ALONA:-
~UNIKL tempat along belajar masih tiada perubahan. Padahal bawah MARA jgk tu, huhu. Takpe laa..asalkan akademik yg diberikan superb!!! Belajar bagus2 ye along...

No comments: