Thursday, September 4, 2014

Outing ngan Akiss lagi...

30.08.2014
SABTU

Minggu lepas hari tu....cuti ujung minggu yg kiranya panjang laa sket sebab hari merdeka jatuh pada hari Ahad..jadi dapat ler cuti free hari Isnin tu, kan.

Tp akiss tak leh balik. Angah jer laa yg balik umah. Along lak mmg ada kat umah lagi. Cuti sem 1 tak abes2 lagi, hahaha..
Jadinya, kitorang kena ler pi lawat dan bawak akiss outing. Sian lak dia tak balik, kan. Mmg aku dh bgtau abang nak ajak lawat akiss Sabtu 30/8 tapi tak cakap kat akiss lagi. Hari Rabu tu dia dh kol....sampai dia sendiri mintak kitorang lawat dia kat hostel, alahaiii...lagi ler tak sampai hati kalo tak gi jumpa.

Sabtu petang tu..kitorang pun pi laa amek akiss kat asrama dan bawak outing ke Parit Buntar. Maklum ler...dh ada Mydin, kan. Kitorang pun mmg ada barang umah ni nak kena beli sebab dh lama tak gi tesco..hehe.
Antara mercu tanda di Parit Buntar
Ok, kitorang terus jer ke pasaraya Mydin.
Masuk2 dari pintu belakang..terus nampak maskot Marry Brown kat situ.
Amek gambo...klik..klik!!!
Hehe...saja seronok2.
Dah masuk dalam mydin...cari laa barang2 yg diperlukan dan barangan tambahan, hahaha.
Kat bahagian rempah2 timbang...
Dah keluar dari situ...lepak2 jap kat medan selera luarnya.
Minum2 petang aje.
Eh, ada kek?? haha...saja jer beli. Nak makan2 anak beranak. Ada jgk cream puff, popcorn ayam...tp dh abes takde dlm gambo, hehe..
Kucing mydin...
Sembang anak2 beranak...
Pastu, terus gi pusat bandar pulak...
Mula2 gi gunting rambut angah. Ok, kitorang dh jumpa kedai gunting rambut lelaki yg bagus kat situ, hehe.
Pastu, nak cari seluar slack hitam utk akiss lagi selai. Selai jer tak cukup. Yg akiss dok pakai tu pun tahun lepas punya tu, ye abahnya....hehe. Beli kat kedai yg sama, senang. Sbb seluar slack yg terjual kat situ mmg saiz akiss. Tak payah nak alter ke hape dah.
Ni meow kat pusat bandar lak, hehe..
Lepas tu hantar ler akiss balik hostel.
InsyaAllah, lagi 2 minggu nak cuti sekolah seminggu pulak......... :)

Nota ALONA:-
~Kasih sayang adalah kesempurnaan hati.

4 comments:

ibuayu said...

Suka tengok keluarga bahagia alona.

nad said...

cuti skolah nnt, along plak dah balik kl kan? huhu

el said...

wahhh kek sebijik..syoklah diorg dpt mkn kek ekeke

attyfir said...

si kakak masa merdeka aritu cuti lama gak seminggu ,.