RABU
Jam 2.30 petang katanya miting kat pejabat belia & sukan.
Abang tak dapat hadir. Aku kena hadir. Aku pun tak tau bila aku dilantik jadi ajk gym, hahaha. Evy bagitau aku mmg dilantik sebab dah takde ahli gym perempuan yg lama main kat gym tu selain aku.
Dua jawatan penting utk kelab gym tak dapat hadir..
Miting jer laa kitorang ni ngan pegawai kat situ mengenai gym yg dah diapgred habes ni..
Gym rakyat telah ditutup buat sementara waktu sejak bulan November atas sebab2 hendak naik tarafkan segalanya kat situ.
Tengah tunggu pegawai dari KRM. Dorang yg soh datang miting ni, hehe. |
Ok...mula miting.. |
*Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Skang premis tu dh jadi M'sia Fitness Centre yg lebih terarah kepada fitness (kardio) dan strength tetapi ada sedikit peralatan utk weight. Tidak lagi seperti Gym Rakyat yang lebih tertumpu pada bina badan. Centre yg baru ni lebih mendorong agar semua peringkat umur melakukan aktiviti utk kesihatan diri, katanya...hehe..
Nama rasmi pusat ini belum diputuskan lagi sebab ini adalah projek perintis yg pertama dalam negara dan belum dirasmikan lagi. Dikhabarkan ianya bakal dirasmikan oleh Menteri KBS iaitu KJ tapi tak pasti laa bila. Cepat rasmi...cepat ler premis kesihatan ini akan dibuka pada orang ramai. Mungkin paling lewat pun dalam bulan Februari ni nanti laa, katanya.
Dah bincang punya bincang perkara yg hendak dibangkitkan...akhirnya kitorang diberi peluang utk tengok2 kat dalamnya.
Ruang tengah yg dulunya tidak rata kerana bertangga bulat dan ada ruang aktiviti ditengah2nya....telah diratakan sepenuhnya dan dilantaikan dengan lantai kayu parquet dan dijadikan ruang baru utk fitness centre ni.
Abang man...good, hehe.. |
Tempat pendaftaran...dh tak guna buku log dh. Semua guna system komputer.. |
Barang tercanggih katanya diimport dari luar negara. Kat dalam Malaysia..cuma ada kat Putrajaya ngan kat sini aje katanya, mm... |
Bola...mcm bola jaring atau basketball tapi ada beban. Beratnya berbeza setiap bijik tu. Memula aku tak tau apa kegunaannya.. |
Ni pun beban jgk... |
Ni macam biasalah.... |
Monkey bar pun ada... |
Mula2 ingat ini adalah trampolin, kahhh. Pelik mula2 tengok ngape trampolin ni senget duduknya. |
Ni utk weight....tapi nampak mmg barangnya tak banyak. Yang bodybuilder mmg tak rasa laa kepuasan main kat sini.. |
Barang baru utk weight.. |
Mesin cam ni pun ada... |
Kat bahagian budak2 band dulu pun...dh ditukar jadi studio utk fitness seperti senamrobik ataupun zumba.
Peralatan band dulu dah dipindahkan kat blok lain.
Masih belum siap sepenuhnya masa tu. Kerja2 mengecat sedang dijalankan. |
Ada ruang jus bar ye....jus utk kesihatan boleh dinikmati kat sini sambil2 bersenam tu nanti, hehe..
Aku pun tak tau laa aku nanti guna ke idak jus bar ni...
Bawak air mineral dari umah aje, kihkih..
Jom masuk ke ruang kardio..
Ada beskal2 lama jgk tapi mmg ada penambahan barang2 baru...
Bagi aku yang paling menarik sudah tentulah treadmill, hahahaha..
Yang paling dekat dlm gambar ni...lama punya.. |
Ini yg baru punya.. |
Ini pun baru punya.. |
Treadmill....semua yang baru. |
Diharapkan pengguna2 dapat menggunakan kemudahan tersedia dengan baik. Menggunakan dengan cara yg betul dan tidak kasar sehingga barang tersebut leh cepat rosak....sebab bila dh rosak...lambat ler nak dibaikpulih.
Bukan apa...ikut pengalaman berapa tahun dah jadi ahli gym rakyat dulu...ramai yg bukan ahli tapi datang sesekali walk-in....jenis kasar gedegaq bila menggunakan peralatan. Mentang2 kerajaan punya...guna macam hape ntah. Bila dah rosak...kitorang yg selalu datang ni tak dapat nak guna. Nak tunggu repair...alahaiii...
Diharapkan nanti...bila ada instruktor bergaji ditugaskan kat sini...dorang leh jaga tingkah laku pengguna ketika menggunakan peralatan tersebut. Semoga projek perintis dari MAMPU ni dapat dijadikan contoh terbaik bila centre seperti ini dibuka di lokasi lain pula..
Bayaran masih belum diputuskan. Kalo dulu...yuran pendaftaran ahli RM15 dan bulanan RM10, kalo walk-in pulak sekali masuk RM2.....diharapkan jangan laa naik mendadak. Sebab ini di bawah kerajaan sepatutnya harga tidak perlu sama seperti Gym & Fitness swasta apatah lagi lebih dari itu.
Nota ALONA:-
~Naik lemak dah aku ni sebab dh lama tak exercise, kihkih..
No comments:
Post a Comment