Friday, January 23, 2015

Cuti lagi di Cameron - 5

20.12.2014
SABTU

Petang tu...ayah keluar ngan mama gi umah pakcik Razak.
Aku baru nak goreng bihun..hehe.
Dah makan2 tu..kitorang ni pulak nak keluar jalan2 jap.

Simple...guna aje apa yg boleh di samping bahan2 asasnya, hehe..
Ingat nak bergambar kat area Taman Pertabalan...tapi dah abes musnah dah kecantikannya. Bukan apa...dorang tengah nak apgred macam mana lak taman tu pun aku tak tau laa. Lanskapnya sebelum ni tu mmg dh takde dah laa.
Kitorang pun gi lah naik ke puncak Arabella. Tak nah lagi naik kat atas tu...tengok2 kawasan apartment di situ.
Kitorang dh ronda2 kat atas tu...mmg banyak laa blok apartment nya. Kat situ mmg ada unit apartment utk disewa kepada pelancong tapi kebanyakannya mmg jadi penempatan penduduk laa termasuk pekebun2 jgk. Kawasan parking mmg penuh dan padat betul.
Bergambar nampak bawah...sebenarnya nak nampak kabus tu tapi tak berapa banyak lak kabusnya, hehe..
Dah sudah ronda2...daki semula ke tempat parking..
Singgah kat kedai runcit di Tanah Rata nak beli roti gardenia, kaya dan telur.
Kat apartment malam tu...tak sangka lak roti sebuku panjang yg dibeli tadi abes dh dimakan ngan coklat cair utk stoberi tu, haha. Kaya dh tak laku...kalo tau takyah beli kaya pun takpe. Mmg sedap lak roti makan ngan coklat cair panas2 gitu..

Malam tu...ada siaran langsung perlawanan bolasepak final bahagian ke-2 antara Malaysia ngan Thailand utk Piala AFF Suzuki...
Mmg havoc ler malam tu...ngan kitorang kat atas...ngan grup bikers yg menginap kat unit apartment bawah pun bersorak...
Ada jgk yg berbarbeque kat kawasan lapang yg disediakan kat bawah nun...Memang happening ler. Tapi tu ler...takde rezeki Malaysia nak julang piala kejuaraan. Kalah pulak, huhu.

Malam tu buat mee bandung. Guna perencah siap sedia dlm paket tu aje, hehe.
Mmg ada ler mee kuning sekilo yg aku bawak dari umah dan letak ler sayur, telur, udang ngan daging sket...
Ni ler mee bandungnya, hahaha..
Bila boh telur siap2 dalam kuah mee ni...mmg cepat jer nak kering kuahnya kena serap.
Boh ler air berliter2 pun....hahaha.

Lepas2 tu aku dh mula kemas2 sket barang2 terutama pakaian terpakai dan pakaian yg nak guna balik esoknya dh asingkan siap2.
Esok...percutian bakal berakhir. Barang2 utk masak2 tak kemas2 lagi. Mmg kat apartment tu tersedia peralatan memasak tapi biasalah...ada jgk yg kitorang bawak sendiri dan juga bahan2 masakan seperti gula, garam, cili kisar dan macam2 ler. Sebab mmg kali ni gi atas tu...makan semua masak sendiri kat apartment aje, hihi. Baru betul kan percutian keluarga... :)

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah..

1 comment:

Nad MamaZN said...

nape bihun tu nmpk menarik?! nape? nape? tetibe plak laponya haha!