Wednesday, January 14, 2015

Cuti lagi di Cameron - 2

19.12.2014
JUMAAT

Petang tu...kitorang keluar nak gi pasar malam yg mmg semua dh sedia maklum...bukak awal petang walaupun namanya pasar malam, kan..hihi.

Aku ni nak cari stoberi dan cendawan sebenarnya.
Stoberi tu nak nyicah coklat ler..
Cendawan tu utk steamboat malam nanti..

Tapak pasar malam bukan lagi tepi2 jalan tu masa aku gi hari tu.
Dorang dh buat kat tapak kosong yg dulu sebahagiannya dijadikan parking berbayar tu.
Tapi jalan tetap jam ler jgk kan...masing2 nak cari parking.
Lorong mula2...mcm tak best jer...tak masuk!! hehe..
Lorong ke-3 baru nampak aunty yg selalu kitorang beli stoberi tu..
nyum...stoberi besar2..
Ni laa aunty tu...
Korang kalo gi pasar malam Brinchang tu...nak beli stoberi...cari aunty ni, ye. Kitorang pun duluu...Dayah ngan Fadel yg rekemen, hehe.
Jagung pun beli kat dia kalo dia ada jual. Elok jagungnya...Yg kitorang beli hari tu dia bgtau.."ini jagung aunty tanam sendiri..", hehe..

Pastu baru sebok cari stoberi...turun balik ke bawah...lorong 2.
Terus nampak cendawan yg dikehendaki..3 paket RM10...uitt, beli ler kan. Murah tu. Kat Tesco kalu....mahal..
Pilih...pilih...rambang mata tengok sayur2an ni.
Aku leh terlupa nak beli baby kentang...alahaii.
Sedap baby kentang tu kalo masuk dlm kari ayam. Comel aje, hehe..

Beli kat sini semua...senang..
Pastu, terus ke parking kereta. Ujan dh mula turun. Nasib datang awal, huhu.
Kalo idak...steamboat kurang bahan ler malam tu..

Ubi bit merah..hehe.
Gatai beli...tapi apa pun tak buat lagi.
Ada dalam peti sejuk tu. Harap2 ada ler projek baik guna ubi ni.
Aunty bagitau leh makan mentah. Aku dh try makan mentah..tak boleh masuk ler. Ngan kaler merah yg kuat...hehe.
Dah gugel...jumpa laa resepi leh buat minuman dari ubi bit merah ni...
Aku amek dari link ini... http://www.shashamohamed.com/2011/05/minuman-ajaib-karot-ubi-bit-dan-apel.html
Terima kasih, ye tuan blog di atas tu..

Minuman Ajaib: Karot, Ubi Bit dan Apel
Jaga kesihatan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran? Dalam 3 artikel yang lepas saya telah menulis tentang khasiat karot, ubi bit dan apel. Sekarang kita tengok apakah khasiat ketiga-tiganya jika dijadikan jus.
Minuman kesihatan ini telah lama disebarkan kira-kira 10 tahun yang lepas. Mr Seto seorang selebriti telah minum jus ini dan telah menyembuhkan beliau dari penyakit barah paru-paru. Seorang pakar herba cina telah memberikan petua ini kepadanya. Setelah 3 bulan minum jus ini beliau telah sembuh dari penyakitnya.

Anda hanya perlukan 1 karot, 1 ubi bit & 1 apel. Jangan kupas kulit. 
Buat jus sekali dengan kulitnya. Terus minum selepas jus siap untuk mendapat khasiat kesihatan yang terbaik.

Jus ini sangat berkhasiat dan senang diserap dan digunakan untuk kesihatan badan anda. Sangat berkesan jika anda ingin mengurangkan berat badan. Anda akan perasan sistem imun anda bertambah baik dalam 2 minggu. Pastikan minum sebaik saja jus siap untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Waktu & Cara Minum:
Minum di waktu pagi ketika perut kosong, sebelum makan apa-apa. 1 jam selepas tu barulah boleh makan. Untuk kesan yang lebih cepat minum 2 kali sehari, 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu petang ketika perut kosong, hanya makan sejam selepas minum jus ini.


Di antara khasiat untuk kesihatan ialah:
  1. Menghalang pertumbuhan sel kanser.
  2. Mengelakkan penyakit hati, pankreas dan buah pinggang. Boleh menyembuhkan ulser juga.
  3. Menguatkan paru-paru, mengelakkan serangan jantung dan tekanan darah tinggi.
  4. Menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan) badan kita.
  5. Bagus untuk penglihatan, menghilangkan mata yang merah, penat dan kekeringan mata.
  6. Membantu menghilangkan sakit akibat latihan fizikal dan kesakitan otot.
  7. Untuk detox, memudahkan buang air dan mengelakkan sembelit. Seterusnya ia akan menyihatkan kulit & nampak lebih ceria. Juga membantu menghilangkan jerawat.
  8. Mengurangkan bau nafas akibat dari masalah penghadhaman dan jangkitan kerongkong.
  9. Mengurangkan sakit senggugut.
  10. Mengelakkan dari terkena serangan penyakit alahan yang mewujudkan gatal pada mata dan hidung bagi pengidap penyakit (hay fever) ini.
Amalkan minum jus ini untuk kesihatan.

Nota ALONA:-
~Epal jer takde kat umah ni...kalo idak..pagi esok dh leh buat dah, hehe..

No comments: