13.01.2015
SELASA
Hari tu...waktu siang..terkejut aku tetiba dimasukkan dalam sebuah grup baru.
Eh...tetiba, kan!!
Tengok nama grup pun....Blur jap...terpikir2..grup apa lak ni. Dah belek2 senarai ahli grup tu..satu nombor pun aku tak kenal ni.
Terus aku tengok sape lak adminnya. Tengok gambarnya....owh..................................!!! Cikgu Zul rupa2nya, huhu.
Dia cikgu homeroom akiss kat tempat dia belajar tu. Cikgu ni add semua ibu @ bapa pelajar di bawah jagaannya di dalam satu grup wassap. Senang cikgu nak sampaikan maklumat sekaligus ataupun ibubapa nak bertanyakan sesuatu mengenai anak2 mereka, prestasi belajar ataupun aktiviti anak2 mereka kat sana.
Mmg bagus pun cikgu wat gini. Cepat jer aku leh tau jadual pulang bermalam dorang utk sepanjang tahun ni, hehe. Masa mula2 nak tanya tu segan jgk...sebab baru jer sehari hantar anak ke hostel dah bertanya pasal jadual pulang bermalam kan. Tapi aku kena tahu jgk utk ujung bulan ni...sama ada balik atau tidak ke umah. Bila cikgu dh lampirkan kat grup...aku dah belek2......Hmm, nampaknya, aku kena ubah plan laa ujung bulan ni.
Bila aku bagitau kat akiss pasal grup wassap ni...dia bgtau...mmg semua homeroom digalakkan buat grup wassap. Agar cepat sampai maklumat tentang apa perkara berkaitan dan ibubapa penjaga cepat memberi maklum balas tentangnya.
Dan...kitorang sesama ibubapa pelajar dalam grup tu pun leh bercerita sesama, berkongsi apa yg berkaitan, kan...
Nota ALONA:-
~Byk grup wassap. Tp ada satu tu mmg tak aktif. Nak keluar kang...kecik ati lak adminnya, huhu...
1 comment:
aSSALAM,
hEHE...BAGUS TU
mAKLUMAT DI HUJUNG JARI. kETIK AJER.
mAMAWANA pun ada grup ni senang nak info apa2 kat parents pelajar.
kecik besor tulisan kemer...rabun udoh
Post a Comment