Tuesday, January 13, 2015

Hantar akiss..

12.01.2015
ISNIN

Hari tu aku beli aje lauk kat kedai depan flat tu.
Aku dh wassap akiss tolong masakkan nasik, hehe.
Tak sempat dh balik nak masak...
Abang pun ari ni cuti setengah hari di sebelah petang. Lega la sikit aku ni, hehe.

Lepas Zuhur...kitorang gerak hantar akiss balik hostel.
Mmg semua pelajar MRSM balik hostel pada hari ni...Daftar hari ni.
Esok mula belajar katanya..

Tahun ni...akiss dapat dok kat hostel blok A semula. Tahun 2014 ritu dok kat blok B.
Pembayaran utk pendaftaran RM115, koperasi RM155 dan tunggakan yuran Nov & Disember RM60 x 2 aku terus gi bayarkan kat kaunter pejabat. Risau aku kalo akiss pegang duit banyak2 ni. Lebih RM700 woo kalo campur sekali duit beli buku dan duit belanja dia.
Yuran tunggakan caruman Nov dan Dis 2014 tu sebab tak sempat nak bayar masa amek akiss balik umah cuti bulan 11 dulu. Dah alang2...bayar sekali ler tahun ni. Kalo gi bayar awal2 kat pejabat MARA berdekatan pun payah jgk...nak kena faks resit...nanti kertas faks tu pejabat dh terhilang...jenoh ler aku nak selak dalam fail ni cari dan faks kan balik. Baik bayar tunai terus kat kaunter mrsm dorang.

Jadinya, beratur panjang sket pun xpe lah. Daripada dh balik umah nanti hati dok risau, kan. Maklum laa..kitorang bukan org senang.

Maknanya...akiss cuma pegang duit yuran muafakat dan duit buku serta duit belanja aje lah (tapi masih dlm jumlah yg banyak tu, mm..tawakal dan perlu yakin pada Akiss). Aku ni risau...yg jenis panjang tangan ni. Dia tau ramai yg bawak duit banyak ni sebab nak bayar yuran...mula laa nak mencuri, kan. Mmg ada jenis yg dh gian nak mencuri wlpn dia bukan lah datang dari golongan orang susah pun. 
Tiba laa saat kitorang nak balik dh...akiss ni manja ngan abang2 dia..hewhew..
Bergambar di hari pertama Akiss menjadi pelajar tingkatan 3..
Ni gambo over ibu dia, kihkih.. Tp ibu dia mmg sayang sangat kat anak2nya, ye..
Kitorang balik awal jgk ler. Sempat Asar kat umah.
Akiss nak kemas barang2 dia sendiri...biarlah. Walaupun ibu dia ada rasa nak tolong tp ibu dia ni pun tak tau nak kemas mcm mana sebab barang2 akiss balik hostel...serius!!! mcm orang nak pindah umah......... Belakang alza tu...penoh ngan barang2 dia. Mujur ler angah dh abes sekolah dh tahun ni..abes dia konker tempat barang2 kat belakang alza tu...hihi. Akiss...akiss..

Hmm...mmg...walaupun cuma akiss sorang aje yg bersekolah tahun ni tp yuran dia semua...sekali tunggakan RM120 dan yuran mengaji setahun RM100...semuanya dah hampir2 RM700, huh!!! Tu belum campur ngan duit buku2 nya...duit belanja hariannya..
Pesan ibu...belajar laa sehabis baik akiss. Akhlak tu dijaga sebaiknya...

Nota ALONA:-
~Sayang mereka...

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
nak sama tinggi dah akis dengan abang2 dia kan3