Wednesday, April 1, 2015

Ke HatYai dengan keretapi - 7

20.03.2015
JUMAAT

Dari pasar terapung...last destinasi tour ngan van ke pasar malam Pee Tai (tak tau laa eja camne ye, hehe). Asian market katanya. Kat sini...abah dah tak ikut meronda. Tak larat dah. Kitorang panggilkan tuk2. Abah dan Yop balik hotel dengan ditemani dan dijaga oleh dua orang cucunya iaitu Piluih ngan Akiss.

Ni pertama kali gi pasar malam ni. Sesuai laa yg suka shopping barang2 siam ni, hehe.
Aku tak membeli pun. Tengok2 tapi takde langsung yg berkenan. Tapi ada jgk ler beli tali pinggang angah...
Kat tingkat atas area food court...dapat ler beli buah pelam muda ngan asam boi pedas. Beli jgk ler pulut mangga. Pulutnya sikit sangat, huhu. Baik beli pulut mangga kat Taiping Mall atau kat Taiping Sentral tu...
Ni laa keadaan dalam pasar malam berbumbung dorang..
Ada laa dalam 10 baris kot gerai2 kat pasar malam ni.. Luas, panjang2 deretannya dan selesa di bawah bumbung.
Bagi aku...kat sini tak yah datang laa. Bkn tempat aku ler. Kalo nak beli seluar jeans ke apa...aku lebih suka beli kat PasarayaKu aje. Tu jer taraf aku.

Kat sini mmg berpecah laa. Senang nak jimat masa..
Dan janji jumpa kat satu tempat..

Dah gi situ...kitorang tak de laa gi kat area Lee Garden Plaza dah.
Lain kali datang...nak gi kat area pasar malam lagi satu laa. Kat sini banyak sangat pasar malam. Nak cakap kat drebar van tu pun...dia tak paham, huhu. Gi sendiri lagi senang. Menapak aje ikut gps, hehe. Takpe, InsyaAllah, lain kali..ada rezeki.

Balik tu..kat lobi hotel mintak dorang panggil tukang urut, hehe.
Kat bilik...sempat laa bersihkan diri apa semua...tukang urut dah datang bilik.
Massage laa apa lagi..
Alhamdulillah, tido lena malam tu.....

Nota ALONA:-
~Citer dengan tulus...
~Setiap entry aku dalam blog ni...aku tak bertanggungjawab kalo penerimaan yg salah dari maksud aku yg sebenarnya pada setiap ayat yg aku catitkan di sini. Baca dengan intonasi maksud yg baik..InsyaAllah penerimaan maksudnya jgk dapat yg baik. Terima kasih ;) wink wink.

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
syioknyaaaaaaaaaaaa
tukang urut mai bilik he3