Monday, August 2, 2010

Citer pertengahan Julai..

Citer ler mana yg dan..
Sebenarnya..byk betul citer yg aku nak simpan kat sini tp tu laa..sebok je memanjang ngan mcm2 hal.

17hb
T-shirt binabadan forumer dh sampai. Satu abg punya..satu lagi abg belikan utk aku, hehe. Terima kasih, yang..

Akiss pulak kena habiskan keje sekolah dia hari yg sama. Sebab, esoknya nak g hantar along balik hostel. Balik mesti dh malam dan letih.

18hb
Hantar along ke PH.
Mak ngan abah ikut sekali.

Seperti biasa, sebelum hantar along masuk dlm kawasan maktab...kitorang mesti singgah makan di R&R Padang Tamat.

Kat sini ada ler sekor kucing tu..selamba aje pancut kat tepi Alza ni. Sunggoh kuang ajaq!! Depan2 tuan Alza ni dia pancut ngan gaya samsengnya!!
Gambar kat atas tu abg baru curah air mineral sebotol kat tempat samdol tu pancut, hmm..
Samdol tu mesti upahan dari mpv jenama lain, hahahahaha....

Gambar di bawah ni masa tengah tunggu along tukar baju kemeja batik...nampak dh lusuh sket baju kemeja batik along ni.


Tp..bila sampai kat kawasan pintu pagar maktab..kitorang terus ke depan sket. Nak beli buah ler konon2.
Mahal ler jugak harganya. Petai tu 10papan RM5. Manggis sekilo RM4. Rambutan seikat RM5.

Manggis pun dh mahal woo skang. Mentang2 ler skang dh glemer ngan Jus Manggis dan Kopi Manggis..hmm..

Durian kampung sekilo RM3.
Durian kawen sekilo RM4...
Kitorang beli sebijik durian kampung aje. Makan kat situ jgk. Sedap laa gak. Lemak manis. Tp isi putih ler.

Ni kali kedua ler mak ngan abah sampai sini.
Mula2 masa daftar along masuk sini bln Mac tahun lepas.
Selalu dh ajak mak ngan abah gi sekali hantar along bila dia ada pulang bermalam. Tp mak ngan abah ada hal lain. Leh ler amek angin luar dari Taiping ni, hehe.

Hmm..InsyaAllah, kalo ada rezeki ujung minggu ni nak gi jengok along dan bawak dia outing sebelum bulan pose. Tambah2 pulak esok besday Akiss. Sambut sekali ler kot masa lawat dia nanti.
Along pulak..InsyaAllah..katanya cuti Nuzul Quran ujung bulan Ogos nanti akan balik pulang bermalam berpuasa bersama kitorang sebelum balik lagi ketika cuti sekolah seminggu nak Aidilfitri tu.

Isnin 19hb
Mak kol petang tu..
katanya buah mutan ngan manggis dah ranum kat kampung Selinsing. Abu yg mesin rumput habaq..
Yg kitorang semalam sampai membeli buah tu kat orang lain, hahaha. Rupa2nya, pokok sendiri pun dah boleh dipetik utk makan.
Mak kata...takde ler lama sgt mak tak balik gi jengok kampung tu. Tak sampai 2 minggu pun.
Balik yg sebelum tu..tak merah pun lagi buah2 mutan. Lepas2 tu pulak..bkn mak taknak balik jengok tp bila nak balik...ada je aral melintang. Selalunya sebab ujan ler.

Hmm..skang baru puas makan mutan pokok sendiri. Ndak2 buah mutan kat kampung mak tu jenis anak sekolah..sedapnya..
Aku leh hadap sebesen buah mutan tu, hahaha..(hantu buah mmg mcm tu!!, ngee)

5 comments:

[-suziey-] said...

esok besday akiss? hr ni ke? apepn happy besday la to akiss ek..hehe..

waaaaa padat btl aktiviti..

akk..motak ank sekolah tu cemana?

J@J@ / Bini The Rock said...

hahaha..bz ye kak?? tangkap lebah ke?
xD


hepi besday Akiss...mtk mama hadiah besar2 tau! ngee!!

Rinna said...

Bestnyaa..balik kampung makan buah rambutan tanam sendiri..baru laa puaskan...dapat plak petik terus dari pokok.. hmm..

ikiqzana said...

sonok nyer sis.. bnyk buah mutan kt pokok sendiri. x jual ker sis?? hihihi

tadi baru mkn buah mutan.. opismate bwk kt opis.. sedap dn manis.

makdara TERDIVA said...

buah rambutan x de..pokok baru nak membesar.. :)skrg tengah tunggu buah durian tp lepas raya aji kot ..hihi