Friday, December 24, 2010

2h1M di Cameron Highlands - Part 1

Dari Genting Highlands...esoknya pulak kitorang ke arah Cameron Highlands iaitu percutian keluarga yg telah dirancang beberapa bulan yg lalu (walaupun cuma semalaman, hehe)..

KE CAMERON HIGHLANDS MELALUI JALAN SG. KOYAN
9hb Disember 2010
Mentang2 laa Pahang skang dh ada jalan sendiri utk ke Cameron Highlands...aku tingin gak nak rasa pengalaman melalui jalan tersebut. Asek dgr citer ayah dan kawan2 aje. Fadel pun seminggu sebelum tu dh gi bercuti di Cameron ngan family mentua dia, huhu. Kiranya, dia pun dh penah ler lalu jalan ni, erm..

Perjalanan dari Bentong melalui Raub..kemudian Sg. Koyan ni sebenarnya senang aje. Simpang nak masuk ke Cameron Highlands tu takde lg diletakkan papan tanda CAMERON HIGHLANDS. Mgkn nak tunggu perasmian sultan dulu ke...tak tau ler, huhu. Cuma ada signboard POS BETAU aje.
Jalan kat situ mmg rileks aje. Takde ler bengkang bengkok mcm nak ke CH ikut jalan Tapah dan takde ler pulak tinggi mendaki mcm ikut jalan dari Simpang Pulai.
Mungkin tak terasa sgt sbb dari Bentong-Raub-Sg. Koyan tu pun sebenarnya dh atas bukit kot, huhu..
Hari yg kitorang gi tu..pg2 lagi dh ujan. Hmm..risau gak tanah2 runtuh berlaku kat jalan baru tu.
Ada laa jugak tanah rebak kat tepi2 jalan dan tanah runtuh (dh lama berlaku) dan jalan dilencongkan sedikit...tp masih tidak berbahaya laa utk pengguna jalan tersebut.

Jalan cantik..dan dipenuhi kabus..huhu. Ada satu kawasan tu...kabusnya tebal betul. Kena pandu perlahan2 laa, nyalakan lampu...
Tp syiokk sehinggakan aku tak ingat nak snap gambo masa tu sbb terlalu ralit melalui pengalaman tu, huhu. Rasa mcm dlm games SILENT HILL lak, kahh..

Ni dh dekat sampai kawasan Ringlet. Aku tak tau ler kawasan umah yg dh tinggal ni dulu sape yg dok. Sama ada orang2 asli...atau...erm..ntah ler..
Jika perjalanan ke Cameron Highlands dari Spg Pulai...kita akan melalui Kg. Raja terlebih dahulu. Tetapi dari Pos Betau ni...kita akan keluar di satu simpang di Ringlet. Berdekatan je ngan Petronas, Ringlet. Hanya 2 jam perjalanan saja diperlukan dari Bentong ke Ringlet ni. Mujur jugak sampai je Ringlet tu..cuaca bertukar menjadi sgt baik.

BOH TEA CENTRE SG. PALAS
Di CH...kitorang terus ke sini. Baru kali pertama memasuki area ladang TEH milik BOH ni. Selalunya kitorang cuma singgah kat Cameron Bharat Teh aje sbb dorang kan kat tepi2 jalan aje, hehe.
Simpang nak ke Boh Tea Centre, Sg. Palas ni terletak di Brinchang..berhampiran ngan Bee Farm dan Hotel Equatorials tu.
Jauh jugak ler ke perjalanan nk ke sana dari simpang tersebut. Jalan pulak sgt sempit..cuma utk sebuah kenderaan sj. Tetapi dorang ada ler melebarkan sedikit jalan di tepi2 selekoh jika ada 2 kereta dari arah bertentangan secara serentak. Salah satu darinya terpaksa ler mengalah, huhu.

Tp berbaloi kerana pemandangan ladang teh menghijau yg sangat luas. Susunan baris2 pokok2 teh pun sgt teratur...

Cuma yg tak berbaloinya...kenapa harga makanan kat sini mahal dh ngalahkan harga kat Genting Highlands??
Sandwich kat Genting tu RM4...kat sini RM5??
Butter kek sepotong RM3?? giler betuiii..
Tu takpe ler lagi...yg aku heran..naper ler kita minum kat ladang Teh..harga air teh nya mahal??
Sepatutnya..kasi ler harga spesel utk teh kalo tidak pada harga makanan??
Tak berbaloi melalui jalan yg sempit semata2 nak pekena secawan teh kat sini, huhu..

Tp tu laa ye..dh alang2 sampai sini..beli jugak ler ye. Perut pun dh lapar balik walaupun kat umah sebelum memulakan perjalanan tu kitorang dh makan bihun yg mak goreng, hehe. Maklum ler...kat tempat sejuk2 ni..pg pulak hujan...perut mengecutttt aje, ngee.

Ayah sedang menikmati nasik lemak yg berharga RM3.50.

Fadel sedang menikmati se'mug' teh hijau yg berharga....??
Akiss pun minum teh hijau tp dia taruk gula berkilo2, kahh..

Angah sedang menuang teh dari jug kecik yg berharga berbelas2 hengget tu, huhu..

Ayah sedang menikmati secawan teh di ladang teh, kuikui..
Mgkn tu ler sbb harga air teh kat sini mahaiii, ngeh2.
Tp...minum air teh kat Cameron Bharat stesen lagi berganda sedap dari teh kat Boh Station ni, erm..walaupun harga lebih kurang aje mahaii nya, huhu..

Pelancong bwk mak dorang melawat ladang teh. Bagus2.
Mak dia berkain batik dan berstokin. Rambut bersiput tinggi...ngalahkan orang tgh berpantang ni, kahhh..
Berehat2 sambil menikmati panorama ku lihat hijau di tengah2 ladang teh.

Antara tempat feveret utk pengunjung bergambar kat sini..

Sejuk mata memandang...sejuk juga cuaca kat situ, huhu..
Ada kuarters pekerja2 ladang teh.

Abg kembong2 pipi ketika merakamkan keindahan hijau bumi tuhan..

Antara tempat terbaik utk shooting filem hindustan kat sini, heheh..

Lg satu tempat feveret utk bergambar kat sini.
Sbg bukti jugak yg kitorang ni bkn kat ladang teh Cameron Bharat kat tepi jalan tu, huhu..

Ayah konon2 tgh tahan tak bagi hurup O tu jatuh, kahh..

Angah dan atuknya konon2 sdg tolak mende pengisar ni antara satu sama lain..
Elok ler..sama aje atuk ngan cucu, ermm..

Aksi angah lagi...

Masih di Boh Tea Centre..sebelum gi ke destinasi seterusnya..
Check in apartment lom lagi..Kul 2ptg nanti..

5 comments:

attyfir said...

beshnya alona asyik jalan2 je..

kty last pergi CH nie taun 2005, tingin nak pergi lagi, tp tah bila

ieda said...

memang seronok kak gi CH nie .. x rugi :)

wantie said...

hmm.. lepas ni selalu la akak leh singgah kat CH. sebab dah ada jalan dekat.

T, kalau ke umah SIL kat ipoh tu, selalu gak pergi CH. Cuma yg tak tahan nak ke sana, on the way dia tu, bau baja menusuk idung. hehehe..

T suka jagung CH. manis wooo

Anonymous said...

spoting tul bapak akak tu.. :)

tp siyes..comel mak mat saleh tu..haha! ingat org dlm pantang td

cikbedahlaser said...

bile la nk g CH lg nih.. dlu janji.. tiap2 tahun nk g sekali...

pelik kan.. kat tempat asal benda tu pulak yg mahal barangan nye..
same je stoberi dgn teh.. patut nye bukan lg murah ke?