Saturday, January 1, 2011

2H1M di Cameron Highlands - Part 2

Ladang Teh Boh, Sg. Palas
Sebenarnya dlm perjalanan balik dari Boh Centre tu..kitorang nak gi ke kaki Gunung Brinchang..nak gi tgk2 hutan lumut yg sgt cantik tu. Dlm dunia ni..hanya ada beberapa je hutan yg cenggini. Kiranya bertuah ler bumi Malaysia sbb ada satu kat Gunung Brinchang tu, hmm.

OTW nak ke Gunung Brinchang tu..mesti melalui ladang teh milik BOH yg sangat luas di Sg. Palas ni.
Aku suka betul dgn pemandangan kat sini. Sgt cantik..menghijau. Mcm susunan karpet aje.

Masa OTW tu...kitorang nampak ler pekerja2 sedang memilih2 daun2 teh utk dikilangkan menjadi serbuk teh BOH nanti, hehe.
Sungguh tekun dorang bekerja.
Amek gambo pun dari dlm keta aje..sbb..takleh nak berenti laa. Jalan sempit bebeno.
Tambah2 pulak..byk pulak kenderaan nak kuar masuk ke situ, hmm.

Perjalanan ke kaki Gunung Brinchang tu sgt laa mencabar bagi kete2 yg takde berkuasa kuda ni, hehe. Seram gak aku curammm aje, aduii. Sepatutnya, nak gi sini kena sewa landrover.
Mmg alza dan myvi dh sampai pun kat lorong jungle treking ke Hutan Lumut kat atas tu.
Tp takde tempat parking ler pulak nak masuk.
Ada lorong tu pun..utk kete tuan punya ladang sayur nak lalu. Lalat pun byk kat situ sdg menghurung baja2 organik, huhu.
Hari pulak hujan renyai2. Mmg nak ke sini kena sewa landrover ler..pastu janji jam sekian2 utk turun ke bawah balik, erm.

Myvi dh turun dulu..sbb abg Syukor kata dh sampai Cameron jgk.
Yg kitorang ngan Alza lak..masih di situ.

Aku ngan abang turun jap gi jengok2 kat laluan jungle trekking tu.
Tak amek gambo pun...sbb hari ujan. Nanti kamera rosak lak, huhu..
Jd, kitorang pun naik semula si alza dgn azam akan sampai jugak ke situ suatu hari nanti utk menikmati keindahan hutan lumut. InsyaAllah.

Sdg menuruni ladang2 teh..kitorang nampak myvi singgah kat lereng ladang teh tu.
Kitorang pun join skali.

Along dan Akiss berlatarbelakangkan ladang teh ni..syok tul di tengah2 kehijauan melata ni...

Aku ngan adik kesayangan.

Semua tgh syok memetik daun teh, hehe.
Hmm..takkan BOH nak marah kot, kan..bknnyer petik sampai botak daun2 teh dia, ngee.
Tak luak pun, hoho.

Ayah nak buat apa laa daun teh tu. Nak buat ulam ke?? ngeh2..

Yeargh!! angah sdg bersedia nak turun gi memetik pucuk2 daun teh kat lereng2 bukit tu, kahh..

Sangat bersungguh2 Angah memetik daun teh sambil diperhatikan oleh senior..mak ngah Dayah nya, hehe..

Eksen aje lebih Angah tu td..
Byk ni aje yg dia petik, kahh..

Abg cuba bergambar lain dari yg lain di tengah2 ladang teh ni...bergambar dgn payung mak, hehe..

OTW nak keluar simpang tu...pekerja2 yg memilih daun2 teh td dh mula pulang ke kuarters dorang. Ataupun..dorang nak gi petik daun2 teh kat tempat kitorang berenti td???...kahhh...

Hmm..aku terpikat sunggoh dgn kehijauan ladang teh kat sini.
Kalo ada rezki ke CH lagi..mgkn aku akan ke ladang teh Sg. Palas ni lagi (tp tak singgah minum teh dh ler kot), huhu.

5 comments:

Gieyana said...

p kt sini byk kali pon x boring kan! suka psl udara dier nyaman..

Abg Fadil siap guna payung lg tue sbgai props..hihih

ieda said...

memang pueh hati kan kak pergi CH nie .. saya pergi dulu dah agak lama tapi CH dah x sesejuk dulu .. huhuhu

DeLLas said...

2011 ni kita gi la lagi dgn byk mlm skek!!! hahaha

kakyong said...

unik pulak bergambor sambil berpayung di ladang teh... ;)

[-suziey-] said...

ku lihat hijauuuu..hehee mmg hijau jek mata..sejuk memandang..hehe tambah feveret color tuan blog..ekekek:D

haha lawak la ayah akk..cara pegang mcm nk kasi jambangan bunga pada kekasih hati..tp bila baca nk buat ulam trus tergelak..haahah