Tuesday, December 14, 2010

Pengembaraan di Petrosains:- Part 1

Alhamdulillah, akhirnya...dpt jugak merealisasikan impian anak2 aku nak mengembara di dalam Petrosains.
Dh penah gi Pusat Sains Negara...tp ramai yg kata Petrosains lagi best, hehe.

Cuti sekolah bln Jun hari tu, kitorang dh KLCC utk masuk Petrosains dh...tp kitorang ni terus terjah aje...maka tiket pun dh sold-out. Maklum laa cuti sekolah.
Tak dpt laa masuk..maka hampa dan keciwa laa anak2 aku tu.

Maka, dgn pengalaman berharga tersebut..kali ni..seminggu sebelum gi sana aku dh kol Petrosains utk booking tiket , huhu..
Maklum ler, nak gi time cuti umum iaitu ketika umat Islam menyambut 1 Muharram 1432H..

Senarai harga tiket;
Dewasa 18thn ke atas; RM12
Remaja 13-17thn; RM7
Kanak2 bwh 12; RM4
Bayi; Free
Warga Emas 56thn ke atas; RM6

Utk penempahan tiket atau sebarang maklumat lanjut..leh ler hubungi

Infoline: 03 2331 8181
Fax: 03 2331 1295
Email: infopetrosains@petronas.com.my

www.petrosains.com.my

Aku booking tiket utk masuk jam 1 petang, 7hb Disember.
Kena ada kat situ paling tidak 15 minit sebelum waktu tersebut.

Kitorang dari Bentong hari tu.
Gi ngan ayah, mak, Fadel dan Dayah.
Sebab...aku balik Bentong pd malam hari Isnin tu, hehe.

Kitorang dh ada kat situ jam 12.30 tengahari.

Dari tingkat 4, Suria KLCC..

Aku tgh beratur nak gi amek tiket yg dh di tempah seminggu awal..over tak over, ye!!
Rupa2nya, Petrosains ada wat tiket tambahan utk masuk last jam 4.30 petang.
Tp kalo nak gi ketika cuti umum atau cuti sekolah..lebih baik ler booking lg senang.
Kita boleh urus masa sebaik2nya.

Walaupun jam dh kul 1ptg..tp kitorang takleh masuk lg. Sebab....mereka2 yg masuk jam 12.30 pun tak abes lagi menunggu turn utk menaiki kenderaan merentas masa, hehe..

Skang ni dh mula beratur laa. Masing2 teruja nak naik kenderaan merentas masa utk masuk ke pameran Petrosains tu, hehe.

Masa naik kenderaan tu..tak dibenarkan amek gambar.
Tp pengalaman naik mende tu..syok gak ler. Sambil tgk tayangan2 visual ketika dlm perjalanan. Kenderaan tu leh pusing sana...pusing sini, hehe.

Kat sini antara tempat terawal pameran di situ. Mengenai tenaga dari matahari dan segala yg berkaitan.

Kat sini..ujian jarak tangan kita mencapai sesuatu ketika berdiri dan ketika melompat.

Angah dan Albert Einstein ni mempunyai mata bitbut yg sama, huhu..

Fadel try jadi maskot Petrosains pulak!!!

Ayah khusyuk tgk tayangan wayang kulit. Aku pun dh lupa ler nama watak ni..erm..

Di pintu masuk utk pengembaraan seterusnya..

Abg eksyen aje tu..huhu.
Imej keta mainan tu adalah ilusi aje. Takde kat atas mahupun di bawah cermin pameran.

Angah dan Akiss..berebut2 nak mencuba menggali guna mesin ni, aduhai..budak2..

Bermain dgn cermin..

Oh..cermin ni lagi syiok. Tgk bwh, atas, kiri dan kanan...imej kita berganda2 dan bertingkat2, ngee..
Tp, org2 tua kata..tak baik bermain ngan cermin, hehe..

Sekor2nya dinasour yg pandai nyanyi dlm 2 bahasa kat dlm Petrosains tu, hehe..

Abg berlatarbelakangkan replika gunung berapi dan tamadun dulu2..

Pusing punya pusing sambil membaca pelbagai info2 menarik....dh sampai sini.
Kerusi yg Dayah, mak ngan Along duduk ni adalah utk merasa bagaimana keadaan kita ketika gempa bumi tahap rendah, sederhana dan sgt kuat...

Elok2 pulak time kitorang ada kat situ..dorang ni nak wat show mcm rancangan Clever tu ler. Tajuk kali ni pasal belon.
Dia jemput volunteer utk naik ke pentas...anak dara aku ni ler salah sorangnya, kahh..

Lepas2 tu..kitorang masuk kat area sini lak.
Erm...kat mana2 pameran sains..yg along dok pegang ni mesti ada punya, hehe..

Scan suhu..
Hidung ayah biru sebab sejuk..(hehe..mcm kucing..) Tp bkn ayah je yg cenggitu. Fadel, Dayah, mak dan yg lelain pun sama. Cuma aku je yg panas semua muka..adeii. Camne tu?? kat dlm tempat hawa dingin cenggini aku leh panas?? Mmg mamalia betul ler, hehe..

Amboi..angkasawan2 ni..
Sebenarnya gambar ni berasingan..tp aku gi cantumkan, hehe..
Utk amek gambo ni..kita sendiri leh amek. Takyah mintak tolong org, hehe..

Kalo kat angkasalepas ni...cenggini ler cara angkasawan nak tido, huhu..

Ok la..sambung lg. Pengembaraannya mmg panjang. Rugi pulak rasanya kalo tak kongsikan gambar2 pengembaraan tu, hehe.
Bkn pe...selain sebagai simpanan Cintamaniszlite...leh gak tolong2 menarik minat sapa2 yg tertengok entry kali ni tp tak penah masuk Petrosains lagi utk turut merasai pengembaraan kat sana, hehe..

Bg sesapa yg dh penah gi..kot tersalah info aku kat dlm ni..sila bgtau kat ruangan komen, ye..hehe

9 comments:

mamawana said...

Assalam

Bestnyer. Memang mama pernah masuk situ 2-3 tahun lepas. 4jam kat dlm tu rasa tak puas. Nak pergi lagi ni.

wantie said...

That day kami pergi pun tak sempat nak masuk. Nampak best jer akak pergi.

Selalunya, kalau pergi KL bukan nak pergi kat situ pun. Kira mcm kalau singgah situ baru teringat nak pergi. Tak pernah pun plan dari awal nak ke sana.

Lepas ni kenala bawa Amirul gi meronda kat dalam Petrosains tu yer.

Unknown said...

bessnyer tempat ni tak pernah pi walaupun dok key ell hehe

Anonymous said...

Kak...siyes! saya nak pegi lps baca n3 bergambar akak ni. Nnt nak usya2 kakak saya tu suruh dia bwk saya ke KLCC ni...

klu ada info lagi..cerita lg kak yep!

Anonymous said...

memang kena booking pun! saya pernah walk-in ke sini..haram tiket abis..padahal mase tu baru kul 2 ptg..sob..sob..

ieda said...

waa seronok kan kak .. dpt gi tmpt mcm nie .. banyak info yg kita dpt .. x rugi ..

budak2 pulak kalau dinasor trek tuu memang lahh suker .. saya punn suke :))

attyfir said...

ingat nak bawak fir ler..tq alona kasi detail price bagai.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

best gk Petrosains ni ek....bila la nk g ni..hehe

Suziey Ahmad said...

ooooo ok..patut baca n3 ni dulu..hahahaha..ni petrosains kt klcc..murah je rupenye tiket dia..thanks ler kak btau..sy ni nama je org kl n slalu g klcc tp xpnh jejak situ..hahaha:p

bole la pegi lps ni..menarik btl la aktiviti kt dlm tu..nmpk cam kecik dr luar.rupenye bnyk bende dlm tu yek..