Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Kehadiran 2011

SELAMAT SEMUANYA...
Detik kul 12 malam ni...bakal menjelma 1 Januari, 2011. Bermakna kita sudah pun di dlm frasa tahun baru yg juga hari demi hari bakal menginjak ke bulan demi bulan seterusnya dgn sekelip mata tanpa sedar 2012 pula akan menjelma.
Aku berharap dlm 2011 ni..segalanya berjalan dgn baik dan segalanya juga berlaku dgn kejayaan. Semoga kami sekeluarga memperoleh kesihatan yg baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta berbahagia dgn kehidupan yg dilalui. Amin.

RAYUAN FADEL & DAYAH DITERIMA
Alhamdulillah, walaupun permohonan pertukaran Fadel dan isterinya ke Semenanjung tidak diterima ketika keputusan dikeluarkan pd 15hb November 2010 tempohari...akhirnya rayuan yg dorang buat (gi panjat ofis kementerian di Putrajaya, menunggu giliran kerana ramai yg turut membuat rayuan) telah memperolehi kejayaan kerana dpt juga bertukar ke Semenanjung Malaysia walaupun bkn di negeri Pahang seperti yg dipohon.
Dapat pun takde laa jauh mana dari Bentong tu...kat Wilayah Persekutuan je, hehe. Tp masih tak tau lg sekolah mana yg akan diberi pertukaran...mgkn kah sekolah Bukit Jalil?? hehe..

Oleh sebab yg sedemikian...Fadel & Dayah kena balik Lawas, Sarawak terlebih dulu utk bertugas di sekolah lama sementara mengetahui sekolah mana yg bakal ditukarkan nanti. Sambil2 tu..dorang leh ler menguruskan pelbagai urusan perpindahan termasuk urusan pos AVANZA balik Semenanjung, hehe..
Tp, dh 3 tahun dorang kat sana..sampai Fadel leh paham loghat2 orang kat sana...siap leh nyanyi lagu Iban lagi, kahhh..mesti sedih jugak, kan?? erm..semuanya pasti jadi kenangan terindah mereka berdua.
Disebabkan Fadel dan Dayah dok sana...kitorang leh jejakkan kaki ke bumi Sarawak dan Sabah pd November 2008 dulu, erm..

BLOGGER
Skang ni kat M'sia rasanya dh berpuluh ribu blogger..Kawan Akiss yg seusia pun ada blog tau, huhu.
Aku pun tak berapa aktif simpan entry baru dan blogwalking memandangkan sgt sebok ngan keje2 kuar gi amek gambo pengantin dan penyuntingannya di rumah.
Jadi, aku tak heran laa kalo intai kat Nuff tu..tak ramai yg singgah kat sini, hehe. Kalo ada yg masuk pun disebabkan 'keyword' yg digoogle oleh pengguna2 internet.

Aku jd blogger ni bkn nak popular..cuma utk simpan citer2 yg aku ada dan boleh dikongsikan dgn pengunjung2 yg sudi singgah. Tgk aje laa folower aku..tak sampai 200 blogger pun walaupun CINTAMANISZLITE ni dari 2008 lagi.
Sbb...aku segan nak soh org folo aku. Penah gak buat cenggitu kat cbox bbrp blog yg aku penah singgah...itu citer dulu2 laa..masa mula2 taruk ruangan follower, hehe. Tp akhirnya aku yg malu sendiri sbb ada jugak yg tak sudi nak folo, ngee.
Aku sedar...blog aku bkn lah sebuah blog yg bagus dlm penyusunan ayat, bkn yg bagus dlm penceritaan, bkn yg bagus dlm pengisian. Skema...kahh!!!

Bg aku..kalo kwn2 blogger sudi nak folo...tak cukup tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Dan aku pun..bila ada org yg sudi nak berkawan ngan aku..dgn senang hati aku pun suka nak berkawan dgn mereka.
Namun, ada jugak blogger yg selalu jengok blog aku tp dia tak folo pun aku, hehe. Camtu pun aku tak kisah. Malah aku pulak dgn senang hati folo blog dia dgn ikhlas tanpa harapan dia akan folo aku jugak, huhu.
Ada di kalangan dorang ni...mesra ngan aku sampai ke fesbuk. Bg aku..berkawan biar lebih dari 1000. Musuh pun kalo boleh...sorang pun aku tak nak.
Tp nak wat camne, ada jugak yg tak pasal2 tanpa soal selidik....suka2 je nak salah paham ngan aku.

Terima kasih pd DIA.honey dan Flora Bermas kerana sudi menjadi sahabat cintamaniszlite yg terkini. Cuma aku tak dpt nak folo balik Flora sbb tak dpt nak bukak ler blog dia, erm...
Terima kasih jugak kat kengkawan blogger yg lain kerana baik hati sudi menjengok2 aku kat sini, hehe..
Selamat menyambut 2011. Semoga korang sukses dan berbahagia dgn kehidupan sehari-harian. Amin.

BAHANG KEMENANGAN MALAYSIA
Tahniah team Malaysia!!!
Erm..satu fenomena yg luar biasa kerana penyokong M'sia memenuhi stadium ketika perlawanan bolasepak Piala Suzuki baru2 ni. Sebelum ni, pasukan kita asek kena kutuk dek masyarakat sendiri aje. Kesian jugak..
Tp, Alhamdulillah la..jadi juara lak kali ni. Maka bergumbira laa sekalian rakyat jelata dan akhirnya diberi cuti khas oleh PM kita hari ni, hehe.

Yg menarik...dua org pemain pilihan ramai dari pasukan kita tiba2 menjadi sgt terkenal..iaitu Safee dan Fahmi.
Tiba2 juga..blog awek Fahmi sgt fofular, huhu. Semalam sj..blog dia mendapat folower dua ribu blogger menjadikan 4ribu lebih dh follower blog dia. Mencanak2 jumlah pengunjung blog dia terutama setelah dipromosi oleh FAFAU dlm segmen paginya di HotFm semalam.

Awek Fahmi ni pun..manis orgnya. Aku harap perjalanan cinta dorang kekal laa sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya menjadi suami isteri yg berbahagia.

NOTA;
-N3 kali ni takde gambar.
-N3 part 2 ke Cameron Highlands tertangguh seketika.

3 comments:

ieda said...

selamat tahun baru kak ..
anak2 saya yg dah sek .. x der mas nak tgk komp .. bila start sek .. home work banyak .. nak2 sek cina .. huhuh sian lak bila tgk

Gieyana said...

Selamat tahun baru yer kak..:D

DeLLas said...

sedih mmg sedih..lg2 dh syok dok sek ni sbb rmi yg skepala..