Apa laa nak jadi ngan masyarakat kita skang ni. Dulu kes kenderaan bwk RM75k duit syiling terbalik...ramai yg berenti kutip duit tu utk diri sendiri.
Skang camni lak.
Yg aku geram tu..orang Islam pun sama wat keje cenggini. Kutip kot mana pun sama ada utk dimakan, utk diberi pd jiran2, utk dijual, utk diberi pd ayam ternakan....mmg tak baik..haram tu. Kira mencuri sbb bkn hak kita. Selagi ler tokey beras tu tak halalkan..ish..sendiri mau ingat laa.
Ni petikan dari keratan KOSMO hari ni..
IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.-------------------------------------------------------------------------------
Ni ler petikan dari keratan akhbar Kosmo hari smlm..
KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
10 comments:
mmg sedih dan geram...org ramai berebut selamatkan beras dari selamatkan mangsa...
jika dikata kebanyakan org mesia tak berperikemanusiaan,mentaliti tahap zero...tau pulak melenting...
Saya pun geram gak membacanya.. dia org nie..lebih penting kan beras yang bertabur tuh dari selamatkan nyawa.. Ishh.. makan benda tak halal jadi darah daging..iskksss.. haramm..
sAYA PUN GERAM BILA BACA NI....RASA MACAM NAK TUMBUK2 JA DIORANG....
mereka nie semua x malu kak .. benci tgk sikap mcm nie .. mcm lah yg jatuh tuu duit emas ..
kalau duit lah kan kak .. mau xcident sepanjang jalan berebutkan duit tuuu erghhhh
kasihan mangsa yg meninggal tuu huhuh
entah apa2 entah dorang ni..ish!
mengalahkan org kebulor tak makan..
what a shame! ape la nk jadi dengan masyarakat kite kan....kalau mat salleh ni mesti dorang dah tolong mangsa dulu.....
sebab apa jadi mcm nie beras tu byk sabgat atas jalan raya tu..jadi dio org ambil sebab kurang didikan agama yg sebenar....apa yg jadi harus tengok dari segi agama..pasti selamat..
memang geram la. buat la pangai tak senonoh tu. kutip beras tu, pas tu bagi anak bini makan. bagus la tu.
Nanti bila anak bini jadi tak tentu hala perangainya. tak yah la dok merungut. ingat jer la sebab bagi makan makanan tak halal.
Salam Puan,
Kelakuan manusia sukar dijangka. Kekadang mereka terfikir- jika bukan kita yang mengambilnya, beras tersebut terbuang begitu sahaja.
Tapi bayangkan kalau saat itu ada diantara mereka yang mengambilnya sebab dah 3 hari tiada beras untuk ditanak buat anak-anak. Mungkin kita akan teperangkap berbuat seperti mereka juga.
Saya sangat simpati kepada pemandu lori beras yang kemalangan. Berhati-hati semasa di jalanraya.
1. kenapa org ramai buat cenggini? desakan hidup? mmg dah culture/budaya masyarakat kita? sbb mmg tak de kije? sbb nak mudahkan kije org nak bersihkan jalan nnt?
2. patotnya amik je gambar org2 yg amik beras tu...print besar2 masuk dalam suratkhabar tulis WANTED!
3. kita semua fikirlah balik kenapa org lagik sanggup amik beras dari selamatkan nyawa org....
Post a Comment