Sunday, March 6, 2011

Biasa2 aje..

05 Mac 2011
Sabtu

Takde aktiviti yg menarik cuma gi jogging aje. Kat mana lagi...kat tempat biasa tu ler, hehe.
Kat bawah tu..kitorang mendaki bersaing ngan beberapa pelajar (katanya dari kumpulan homeroom MRSM Taiping) di jungle trekking ke pondok 2.

Mmg dh biasa ler tgk keadaan cenggini (dgn mereka yg tak biasa mendaki ikut short-cut, hehe)..kebanyakannya mula2 dorang sangat bersemangat. Macam nak berlumba2 mendaki tu. Tp belum sampai suku jalan...dorang dh mula brek keletihan.

Hmm..yg peliknya..dh letih tu..leh lagi terjerit2 panggil kwn dia yg dh ada kat atas tu, ish!!
Selalunya kalo letih mesti nafas pun tercungap-cungap...mmg dh tak mampu ler nak jerit2 ni..

Camne pun...kitorang tetap ler sampai terlebih dulu, hehe. Dorang pun sampai sorang demi sorang tak lama kendian. Tp, ada 2 orang pelajar pempuan tak tahan...tak sampai atas pun dh turun semula, ish..ish..

Alhamdulillah, walaupun usia aku tahun ni 36..masih sihat utk melakukan aktiviti cenggini.

Disebabkan jam dh 10.30...kitorang turun semula ikut short-cut tu. Lebih cepat. Angah hari tu tak ikut. Dia dok sorang kat umah.

Balik tu, lepas singgah isi petrol kat Caltex...saja le melalui bawah fly over kat stesen keretapi Kamunting ni, kan...hehe..

Mak, ayah bersama Fadel dan Dayah...gi balik Melaka pagi tadi. Bergotong-royong bersama adik-beradik mak utk membersihkan pusara arwah atuk dan nenek kat sana.

Hmm..ni gambar saja taruk utk simpan kat sini..hehe..sekian, wabillahhitaufikwalhidayah, assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

5 comments:

ieda said...

joging xtvt yg menarik apa kak .. sukeee

Rinna said...

Jogging bersama keluarga mengeratkan lagik..kasih sayang kan.. bestnyaa.. pastuh menyihatkan badan.. :)

wantie said...

memang minat sangat berjoging. tapui sekarang ni malas tahao gaban ler.

i'allah lepas meletup nanti nak jugak amalkan tabiat berjoging ni.hehehe

atty's said...

waalaikumsalam..kty pun nak start joging nie

makdara TERdiva said...

entah bilalah nak stat berjoging ni..sob..sob..