Saturday, March 12, 2011

Eskrem bertaburan..

Emm..ni kisah kat kenduri yg aku ngan abang hadiri petang td.

Al-kisah..pakcik eskrem ni (dlm gambar berhelmet, t-shirt berlengan biru) biasa laa nak jual eskrem kat kenduri2 kawen..kan kanak2 ramai.
Biasalah..dorang mesti cari tempat tumpuan kanak2 terutama hari panas terik ni utk mencari rezeki.
Mula2 dia dh masuk jalan depan kanopi...tp rasa mcm mengganggu pulak kot..pakcik tu pun pusing ler semula utk cari port yg tidak mengganggu dan yang boleh dia tumpang teduh dari panas terik ptg td (sebelum hujan turun mencurah2 2jam kemudian, ngee).
Masa dia nk membelok...tiba2 jer motor dia terbalik dan terbukak per penutup peti aiskrim di belakang motornya tu.
Maka...bertaburan ler eskrem dan kon2 eskrem serta kacang kisar utk dicelup kat eskrem potong tu..
Siannn aku tgk.
Maka..ramai laa yg dtg menolong dan kanak2 pulak datang memerhati.
Takde ler pulak budak2 tu nak amek eskrem tu dan bwk lari jaoh2 sket utk makan..
Bagus budak2 ni..

Alhamdulillah, masih ramai masyarakat yg suka menolong.
Aku ingat...lepas2 tu..pakcik eskrem tu balik ke hape..rupa2nya masih bersemangat dia nak menjual eskrem yg sebahagiannya masih elok dlm peti tu.
Dan yg paling aku tak sangka....ramai kanak2 yg masih berminat nk membeli eskrem dan ramai ibubapa yg melayan anak utk membeli eksrem tersebut walaupun dorang tau..sebahagiannya dh terjatuh atas jalan dh pun..
Alhamdulillah, masih ada rezeki pakcik tersebut.

Hmm..dorang semua ni sdg bertungkus lumus menolong pakcik eskrem yg masih terbongkok2 mengutip eskrem 'stick' tu.
Ye laa..kang lambat2...cair laa pulak kan..


Sebelum terlupa...berbillion tima kasih kepada kawan2 yg 'wish' kat aku utk entry sebelum ni. Terima kasih ye..
Tp sedeh laa jugak..kebetulan 11hb tu..Jepun dilanda tsunami yg dasyat akibat gegaran gempa bumi 8.9 skala richter..Semoga masyarakat dunia sedar bumi ni sdg amarah. Jaga lah ia sebaiknya. Bkn semakin hari semakin memusnahkannya...bersatu padulah meningkatkan kesedaran utk generasi (anak cucu cicit kita) pada masa akan datang dapat hidup dgn menyedut dan bernafas dgn oksigen yg asli sebagaimana kita sekarang. Bkn bernafas dgn oksigen yg perlu dibeli2..

Esok aku nak balik Bentong. InsyaAllah...pagi2 hari Selasa nanti nak hantar mak gi KLIA.
InsyaAllah...Rabu balik Taiping semula. Semoga selamat semuanya..Amin..

8 comments:

DeLLas said...

teringat org jual eskrem kat kubo klu time raya dulu..sonok mkn eskrem kat kubo..

Gieyana said...

kesian kt pak cik eskrem tue kan.tp seyess, rakyat mesia mmg suka membantu n prihatin..:D

J@J@ / Bini The Rock said...

kat sana masih 'pakcik' ke kak yg jual eskem?
hmm..kat sini takde dah. yg jual samada org Indon atau Pakistan.

wantie said...

tahniah kepada org yg membantu kerana tak ambil kesempatan.

kebanyakkan kerjaya jual eskrem kat umah kenduri dah di mabil alih oleh pakistan.

Dorang tak jual karpet dah. dah tukar profesion, jual eskrem. Kat tempat akak still ada org kita lagi yg jual eskrem yer..

POSH76 said...

kesian pakcik tu....semangat nak cari rezeki...

[-suziey-] said...

Allahuakbar..kesian pakcik tu..xde rezeki dia utk eskrem2 yg jatuh tu..tp Allah masih memberi rezeki utk pakcik tu bila ramai lagi yg sudi beli..alhamdulillah..kesian pakcik tu..dh la gaya penceritaan akk pn feel jek:p

atty's said...

selamat ulangtahun perkahwinan alona..semoga kalian berdua bahagia selamanya

siannya pakciktu ..sedih lak kty baca..

alhamdulillah ramai lagi manusia yg berhati murni.

ieda said...

budak2 tuu lebih prihatin dari org2 yg duk kutip beras dan duit syiling jatuh dlm xcident di mesia suatu ketiak dulu .. ingat tak kak .. herghhhhhhhhhh

oh ya kak .. eppy anibersary kak .. semoga kekal hingga ke hujung nyawa :)