Tuesday, June 28, 2011

Nenas..

Ahad hari tu balik Selinsing.
Disebabkan mak & abah pun dh lama tak jengok kampung..maka byk ler nenas yg dh masak di pokok. Buah yg masak di pokok mmg manissss dan sedap laa sangat!!!!

Tak mengedan2 terus kupas kat sana. Dan dpt gak aku bawak balik sebijik, hehe..sedap!!!

Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Kegunaan lain

Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

***Sumber dari wikipedia, hehe. Timakasih wiki..wiki..ngeh2..

6 comments:

el said...

balik ni nak msak pageri nenasssssssssss
lm x mkn ..hahahahaha

mamawana said...

Assalam,

Masa sekolah rendah dulu suka sangat minum air nenas dijual hawker di tepi luar pagar sekolah.

Dah besar suka pajeri nenas, ikan kering masak lomak dgn nenas...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/06/hari-raya-aidilfitri-bakal-mendatang.html

Anonymous said...

saya paling pantang nampak pajeri nenas..slurpppp!
*sambil lap air liur

Rinna said...

Suka dengan nenas madu..

Kdg2 nenas wat gulai lemak cili padi ayam... sedapnyaa..

ysa said...

Salam,
Kalau tak silap ini nenas jenis Jasmin. Isinya warna kemerahan dan texture agak kasar sikit. Tanah Selinsing menghala ke Sg Baru agak bergambut sedikit dan amat sesuai untuk tanaman nenas.

Cuba Hang tanam nenas Yengki. Isinya warna putih rasanya manis, texture nya halus...

ysa
http://anasuka.blogspot.com/

cikbedahlaser said...

woo.. aritu masa g kg tua.. lalu selinsing ni.. pastu abah sy jerit.. ehh kite dh sampai kelantan..

pastu jalan jauh skit.. baru abah cakap.. oo tu selising la...

hohohoho sy ape pon tak taw...