31 Ogos 2011
Rabu
Hari tu adalah hari ulangtahun kemerdekaan negaraku tercinta yg ke-54 tetapi mmg tak terasa pun hari tu adalah hari merdeka. Maklumlah..hari tu kan baru hari raya Aidilfitri ke 2, hehe..
Hari tu kitorang blur sket. Tak tau nk gi beraya ke mana sbb dh tak jadi nk ke Melaka pagi tu atas faktor kesihatan mak yg tak begitu memberangsangkan. Maklum laa..nk gi tu sehari suntuk, jaoh lak tu....
Nak tunggu orang dtg beraya pun...mcm takde orang nk datang aje psl ramai yg masih di kampung halaman masing2. Pikir..pikir..nk ke mana ni? ke Raub? ke KL? ke Janda Baik??
Takkan nk dok umah aje...baju raya ada lagi ni, hahaha..
Akhirnya..kitorang ke Janda Baik. Ke kampung Cheringin...rumah Haji Rahim. Mmg seronok kalo ke Janda Baik. Udara kat sana masih segar wlpn terdapat kilang Elektrisola kat sana. Pemandangan kehijauannya mmg menyejukkan mata memandang apatah lagi rumah2 kampung dan rumah2 agam yg mempunyai lanskap cantik dan indah. Kelihatan kolam2 ikan, lembu2, kambing biri2...masih terpelihara suasana kampungnya wlpn byk jugak tanah2 kat situ dh didirikan rumah2 agam yg indah dan chalet2 penginapan.
Rupa2nya..rumah Hj. Rahim ni adalah antara penduduk di Janda Baik yg terpilih utk menjadi peserta homestay (menginap bersama tuan umah dan melakukan aktiviti serta program tersedia dgn mereka) kat sana skang ni.
Ayah sedang berborak dgn Haji Rahim..
Aksi2 mereka2 yg lain masa tu. Ada yg turut mendengar perbualan, ada yg sesaja mengurut, sesaje diurut, ada jgk yg tido2 ayam sbb tak cukup tido main PS2...hehe..
Masa dorang menghidang tu....tak sangka lak dihidang ngan nasik & lauk-pauk.
Ada jgk mee kari. Tapi takleh nk makan byk pun sbb pagi tu mak sempat tanak nasik lemak kat umah utk sarapan pagi kitorang, hehe. Perut masih kekenyangan, ngee..
Gambar still pun ada...visual pun ada.
Rasa rugi kalo tak amek visual. Sekurang2nya leh tgk imej bergerak dan boleh lihat perubahan anak2 serta kenangan2 yg terpapar pada masa mendatang, insyaAllah. Kitorang mmg selalu tgk balik visual2 yg dh disimpan dlm cd...pastu gelak2, komen2...huhu. Aktiviti mcm tu sebenarnya boleh menambahkan lagi kemesraan bersama keluarga.
Di atas adalah rumah peninggalan arwah tok ayah & wan. Tak tau lah skang ni sape yg dok sini. Mgkn Haji Bakar dan keluarganya kot.
Di atas ni lah gambar kenangan arwah tok ayah (yg pegang tasbih tu) dan elok dibingkaikan oleh anak beliau (Haji Rahim).
Inilah sebuah surau yg telah menjadi tempat nostalgia penting aku dan abang.
Al-kisahnya dulu..tempat inilah juga bermula sebuah pertemuan pertama aku dengan sebuah keluarga dari Taiping.
Semuanya bermulanya dengan salam perkenalan dari kak nor (kak ipar aku skang) dan disusuli dgn semua yg dh tersurat dan tersirat, akhirnya ia menjadi sebuah cerita bagaimana aku bertemu jodoh dan menjadi isteri abg.
Benar, cinta kami ni ditemukan oleh orang tua..alhamdulillah.
**Dulu aku simpan citer ni detail kat blog aku...tetapi disebabkan wujud kontroversi aku dh block blog tu menjadi pembacaan peribadi sj.
Inilah suasana di dalam surau tersebut. Ada perubahan tetapi masih tidak hilang asalnya. Masih mampu mengingatkan aku pada kenangan dulu. Sebenarnya, dulu....surau ni selalu aku gi. Sejak umur belasan tahun lagi. Ikut ayah dan mak pada Khamis malam Jumaat tetapi takdelah setiap minggu sbb masa tu ayah takde kereta lagi.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak solat kat surau ni..akhirnya dpt juga Zuhur di sini pada hari tu berimamkan Haji Rahim. Aura rohani terasa kehangatannya meresap ke sanubari sehingga ke tulang temulang. Terasa kerugian kerana tidak dapat selalu hadir ke sini utk berjemaah.
Skang surau ni dh ada dewan makan..senang..takdelah mengganggu tempat solat wanita ketika nk menghidang makan malam seperti suatu waktu dulu.
Masa ni...pokok durian sedang galak berbunga. Pokok rambutan pun begitu jgk.
Dari surau..kembali semula ke rumah Hj Rahim..katanya pekena kopi Temerloh dulu, hehe..
Ish..tak sangka lak kopi Temerloh ni kaw2 gak, ye..ngee
Bergambar beramai2 sebelum ke destinasi lain. Gambar ni ada Fadel.
Gambar ni lak ada abang, hehe..
Antara 3 orang waris tok ayah dlm gambar ni...yg pakai baju putih, Haji Rahim jubah putih dan Hj. Bakar baju melayu hijau.
Sebelum turun dari Janda Baik..kitorang gi jengok jap Cheringin Hills Convention & Spa Resort. Fadel & Dayah nk survey, hihi..
Sebahagian bangunan resort. Lobby nya tak teringat pulak amek nk gambarnya, kehkeh..
Sedikit pemandangan Janda Baik dari Cheringin Hills Resort..
Dari sana...kitorang gi jengok2 pulak kawasan perkelahan Pulau Santap yg dh leh masuk kenderaan sampai ke belah dlm dh skang. Byk chalet dan penginapan tersedia kat situ, hmm..
Lama ye aku tak ke sana..byk perbezaan kat Janda Baik skang ni. Melalui sepanjang jalan kat Janda Baik..dh terasa macam kat area perkampungan Langkawi pulak. Sana sini ada homestay, chalet tersedia...
Akhirnya kitorang sampai ke hiway Karak..menuju ke Kolumpo. Nak ke rumah busu Timah.
Singgah kat hentian sebelah di Gombak. Mak belanja aiskrim, hihi..
Terserlah betul dh gemok ler kitorang ni, hehe..
Abg takpe ler lagi..kuat gak semangat exercise kat gym tapi aku ni...adeh..adeh..nama aje gi gym tapi semangat tak berapa kuat, tu yg selalu kena tegur ngan abang tu...ngeh2..
Dh sampai kat umah busu...tapi cuma ada anak tunggal dia aje. Dia tak ikut makpak dia gi raya sbb byk assignment katanya. Busu ngan paksu hari tu gi beraya ke Sekinchan sampai ke Bagan Datoh.
Boring gak menunggu. Dah tak larat nk layan kuih tart busu tu, hihi. Mak yg tak berapa sihat merehatkan badan dgn melelapkan mata. Ayah pun meluruskan tulang, hehe..
Dh belek majalah Remaja (huhu...lama tak belek majalah ni, kiki) sampai 2-3 buah dah...
Busu tak sampai2 lagi. Jalan jem katanya...
Tak sempat ler nk jumpa busu raya kali ni. Akhirnya kitorang amek keputusan nk balik laa dh..sebab ayah tertinggal spek mata lak kat surau tadi..nk kena daki Janda Baik semula semata2 gi amek spek. Kalo tak gi amek..susah gak ler kan. Nanti tak semena2 ayah gi buat spek baru kat William Optic dan buat spek amek harga yg mahai sampai dekat RM500 tu, hihi...
Dh bagi baju melayu yg paksu tempah kat bentong tu...kitorang pun bergerak balik menghala ke Janda Baik dan kemudian singgah makan kat Midnight Tomyam. Mak tak turun dari kereta...mak tak sihat dan takde selera nk makan. Dalam kerisauan ngan kesihatan mak..kitorang pun makan ler ala kadar kat kedai makan tu..
Mujur ler jugak tak gi sampai ke Melaka hari tu.
Nota:-
-Open house umah aku? tak...aku tak wat open house. Datang jer ler bila2 nk datang tp kena roger dulu ler. Kot2 aku time tu takde kat umah. Dan yg penting...kalo roger awal ni..leh ler aku masak2 makanan berat2 sket utk dihidang, kan. Bkn pe..kuih-muih pun tak berapa nk ada...segan lak kalo hidang air aje kan, hihi.
-Sabtu ri tu ada yg mai umah...aku wat bihun sup. Semalam mi goreng.
-ada kot yg tertunggu-tunggu bila laa agaknya aku nk citer raya kat Taiping pulak ni? hihi...Harap bersabar...kehkeh..
4 comments:
Seronok baca kisah alona beraya
mana ada gemuk..aty lagi ler gomok
Seronoknyaa berjalan raya.. beramai² gini meriahkan.. tgk pemandangan dan gambar pun cantik.. :)
umangaih..ni lump sum story raya..sy pn xberaya umah akak ths year..hr tu balik tepeng pn bz ngn kenduri adik ipaq kawen..huhu..slmt hari raya kak alona!
mintak gambar!
Post a Comment