Monday, September 5, 2011

Keberah!!

04 September 2011
Ahad

Hari tu hantar along balik hostel. OTW tu..ayah ber sms pantun ngan aku, huhu. Aku biasalah..mesti ler balas, kan. Pantun jgk tau!!! huhu...
Tapi lepas tu berhenti ler kejap sesi sms jawab menjawab pantun ni, kehkeh.
Dah sampai dan parking kat depan hostel along...tetiba aku dpt sms lagi dari ayah. SMS pantun lagi, huhu..

Bunyinya begini (aku ikut sebijik yg ayah taip, hehe);
Anta along P Hulu,
berhenti mkn d banda baling,
terasa sebak hati sayu,
kuatkan iman itulah pendinding..

:Pantun dari hospital temerloh

Aduhai...aku bkn highlight pada pantun tu dah tapi aku highlight pada nota kat bawah pantun yg ayah kirim tu. Apa? pantun dari hospital temerloh?? Aku dh mula gundah. Tiba2 aku berdebar. Terus aku teringatkan mak aku yg masih tak brp sihat masa aku balik ke Taiping hari tu.

Apalagi..terus aku kol ayah. Tapi aku tanya dulu...ayah buat apa kat hospital temerloh??
Ayah terus jawab...ni, tgk cucu sedara baru keluar ni...
Lega ko...sangat lega bila dengar jawapan ayah tu. Lega tu terus jatuh ke kaki, fuh!! Aku bersyukur betul..
Dan kalo ayah tak beritahu siapa yg melahirkan anak tu pun...aku dh dpt agak dh laa. Tak lain tak bukan sepupu aku tu ler...anak paklang Jama yg sedang menunggu hari nak melahirkan masa aku gi beraya 1 Syawal kat umah dorang hari tu.
Mmg aku dpt agak kenapa sampai ke hospital temerloh dia kena melahirkan anak dia dok kat Bentong aje. Tak lain tak bukan sebab dia bakal melahirkan anak kembar...dan dah selamat pun melahirkan sepasang anak kembar. Ayah citer...mula2 keluar baby pempuan..kemudian baru baby lelaki. Amboii..seronok ler dia. Terus dpt sepasang. Tahniah ler kat Acu Jijah...

Lega aku...lega...semoga mak sihat sejahtera hendaknya. Amin..

Nota;
-aku simpan citer ni dulu baru citer raya..hehe..
-korang tau ke makna perkataan keberah?? (sebutnya..kebeghah) hehe...

No comments: