Wednesday, September 14, 2011

Raya ke 4 dengan penyu

02 Ogos 2011
Jumaat

Dah mai dah citer raya kat Tepennn...huhu..
Pagi tu barulah abg & anak2 gi amek kucing dan sangkarnya kat umah mak. Aku kat umah sebok memasak soto bakso utk dibawak berkelah kat tepi laut seperti yg dirancang oleh mak. Hehe...raya ke 4 dh gi berkelah woo, syiokk!!
Tp kira ok laa tu. Tahun lepas lagi lah..hari raya Haji yg pertama tu kitorang g berkelah kat Teluk Senangin, hahaha..

Petang, lepas solat Jumaat...kitorang siap sedia laa nk konvoi 3 bijik kereta ke Segari. Tujuan utama nk gi tengok penyu. Nak ikutkan waktu lawatan kat situ jam 5.00 ptg pada hari Jumaat. Jam pulak dh tunjuk kul 5.30, hehe..Alhamdulillah, mujur ler orang yg jaga tempat tu benarkan kitorang masuk. Sian kot tgk ramai2 ni ngan anak2 yg teruja nk tengok penyu. Jadinya, kitorang ler pelawat terakhir utk hari tu, hehe..

**Syukurlah..dpt gak aku merealisasikan hasrat nk bawak along tgk penyu kat sini. Sebelum ni bawak angah dan akiss aje. Maklum, dia kan dok hostel.


Gambar2 dalam entry ni bercampur2 ngan kamera kompak along dan kamera D90 abang.
Tp gambar2 penyu ni along ler yg snap.
Aku pegang video cam. D90 kat dlm kete, hehe..

Masa penyu ni keluarkan kepala dia, kan... selalu ler terdengar bunyi air termasuk hidong dia, aduhaii...seriau je aku walaupun aku tau itu mmg habitat dia, hehe. Bkn pe, kalo aku ler air termasuk dlm hidong cenggitu, perit dan pedih dalam idong, ngeh2..

Anak2 penyu...mesti kaler itam walaupun besar nanti ada yg kaler merah, hijau....huhu.
Tp mmg comel je tgk anak2 penyu ni terutama berebutkan ikan kembong kat dlm tu, ish..ish..

Kalo gi sini...mesti nk bergambar kat replika penyu ni, hehe..

Baru jer tempat ni dirasmikan...16 April 2011 hari tu. Semoga terpeliharalah spesis2 penyu yg dh hampir pupus ni. Dapat jgk ler generasi akan datang mengenali penyu dan dpt melihat ia hidup. Takde laa jadi sejarah sj atau pun dianggap mitos mcm dinasour tu, heheh..

Dari situ..kitorang terus gi ke arah pantai. Nak buat open house!!! Ni baru real open house..kan, heheh..

Menu hari tu...nasi susu dan bihun dari kak nor.
Aku lak wat soto bakso dan nasik impit. Memang meriah betoi makan tepi laut ni. Tapi leceh sket kawasan tu pantang ler bukak bekal...maka lalat pun sebok ler nak nompang sama. Jadi, kena ler menggawai2 tangan ngan sokabar menghalau lalat. Siap budak2 bakar bekas polisterin dan sokabar nk halau lalat tu, ish..ish..

Aloh..aloh..manjanya Piluih kena suap ngan mama dia, kehkeh..

Yang lelain ada dh ngadap gigian pantai main air laut. Kitorang kat atas tu masih dok mengemas tutup2 bekal tak mau lalat hurung, hmm..

Nak benarkan dorang mandi..hari pun dh petang. Tempat nk mandi membilas lak (satu2nya kat dlm tempat penyu tadi)..dh tutup dh. Jadinya, usik2 ngan kaki jer ler air laut tu ye anak2, hihi.

Aktiviti nelayan menjala pun ada, apatah lagi aktiviti memancing..memang ramai pemancing kat tepi2 pantai tu. Makin nk senja makin ramai!!

Aku ngan Maton. Satu background Baitul Hilal, satu lagi ngadap laut...hehe..

Akhirnya Akem dpt balik sebelah seliparnya yg dibawa ombak ke tengah sedikit yg kemudiannya ombak tu tolak selipar tu ke pantai semula. Lama jgk ler nk tunggu proses cenggini. Tu pun ombak tu tolak jaoh sket ke tempat lain.

Bergambar ngan angah yg cedera pagi tu akibat kejar Nami utk dimasukkan semula di dalam sangkar. Teruk gak ler kena satu jari kakinya. Jadi, aktiviti petang tu dia takde ler selincah biasa, hehe..

Sebelum balik..harus ler amek gambar beramai2. Tapi angah ngan akiss dh masuk keta dok kat seat belakang dh..malas dorang dua nk turun.

Malam...mereka datang umah. Aktiviti tgk semula gambar, makan2 apa yg ada dan karaoke lagu raya...layannnn, huhu..

Tak padan ngan budak yg sakit jari kaki ni. Nyanyi duet lagi ngan Akem, huhu.

Gambar last ni mmg mcm ni..sape yg amek ntah. Guna kamera along..tp ok gak ler..nampak ler meriah sket lampu kelap kelip umah aku tu, hahahaha..

Nota:
-Jenoh gak tau nk pilih gambo ni. Nk kena hati2 dan waspada...takut tersalah masuk sini.

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bestnyer raya di pantai gini....... lama gak tak gi berkelah kat pantai... sebenornya tak kisah pun time raya nk gi pantai... pantai mmg tempat yg indah utk dilawat bila2 masa.. menenangkan.. hehe..

Anonymous said...

amboi..raya2 berkelah tepi pantai ke??

Gambar yg last tu cantik la kak! berjurai2 lampu kelap kelip akak tu..heheh!

sue-ab said...

air masuk dalam idong penyu tu..habitat ke tabiat?..hehehe..

Hunny Kitty said...

malam tadik baru mimpi penyu~