Wednesday, November 25, 2015

Berbasikal di taman tasik..

Dah lama aku tengok orang naik beskal gini kat sekitar Taman Tasik Taiping...tapi baru hari ni berkesempatan nak tau berapa harga sewa utk naik basikal gini...utk tempoh berapa lama.

Jadi, semalam....bila ada kesempatan tu...aku pun gi laa sini tanya.
Ni utk tiga orang dewasa...
Ada jugak utk 2 orang dewasa dan sorang kanak2 kecil. Kanak2 tak yah kayuh tapi ada pedal utk letak kakinya sepanjang menggunakan beskal itu. Ada beberapa jenis yg lain. Kita leh laa pilih mana yg kita berkenan. Bergantung pada stok basikal yg masih ada kat situ dan belum disewa oleh orang lain waktu itu.

Mmg nampak menarik dan menyeronokkan. Tingin jgk nak sewa dan naik beramai2 ngan anak2. Tapi lom ada kesempatan.
Harga sewaan basikal2 tersebut..
Syarat2nya...antaranya...deposit RM20 diperlukan utk setiap sewaan.
Kat situ jugak...ada T-hopper utk disewa.
Sejam sewanya RM10 utk sebatang. Dan leh sewa 30 minit utk 2 unit RM10 jugak.
Boleh jugak beli sebatang utk bawak balik. RM45 utk unit yg kecik tu. RM50 utk unit yg besar...
Katanya...kalo kerap guna mende ni leh kurus badan. Ada artikel ditampal kat situ...aku tak snap pun, hehe..

Kat taman tasik taiping ni mmg mcm2 acara riadah sihat dh ada. Utk yg berkeluarga bawak anak kecik...ramai kat situ menyediakan permainan buih sabun utk anak2. Petang2 kat situ mmg jem jalan, hehe.
Tapi basikal ni...dari pagi dh mula operasi dah....

Nota ALONA:-
~Yg menarik harus dikongsi... :)

1 comment:

ayu Ismail said...

Kalau mai cuti taiping teringin gak naik basikal tu..hehe