SABTU
Petang tu selepas Asar... kitorang pun gerak ke arah Parit Buntar. Ada kerja yg perlu dilunaskan di Bandar Baharu Serdang, Jawi, Kedah. Sempadan jer pun ngan Parit Buntar tu. Tempat yg kitorang tak nah sampai lagi sebelum ni...di Anisani Resort Village. Majlis resepsi diadakan di situ...bertemakan Arabic & Bollywood.
Sampai situ...dh jumpa pengantin...kitorang pun meronda di kawasannya. Selpi2, hahaha..
Kawasan resort berada di atas bukit...di dalam dusun.
Ada kolam ikan kat belakang... |
Mcm2 pokok buahan2 ada kat sini...mesti best kalo datang musim buah, kan... |
Pemandangan di salah satu sudut.. Bawah tu ada kebun sayur.. |
Ni kat sebelah sinun pulak. Ada kabel2 letrik.. |
Dh standby nak bertugas... |
Pastu baru acara pengantin pempuan dimekap2kan kat atas takhta pelamin, hehe. Terasa mcm kat karnival pengantin lak bila amek gambar pengantin masa tu. Bukan apa...bila ramai tetamu saudara mara pengantin yg dh sampai dan lepak di dalam dewan tengok acara mekap2 tu, ngeh2......
Sebelum ni pengantin mmg ada tanya...nak bilik tak utk tido kat situ? Tapi kitorang tak mau sebab mmg takde plan nak tido sana pun. Nak solat kat sana mmg dh ada disediakan bilik solat. Resort, kan??? Tapi disebabkan malam tu ada krew butik pengantin yg kata nak bilik tapi tak jadi nak tido situ pulak...jadi pengantin bagi bilik tu kat kitorang utk solat, berehat dan pengantin mengalu2kan jugak kalo nak tido situ mlm tu. Kitorang mmg amek kunci bilik tu tp utk rehat2 aje.
Lepas dh amek gambar pengantin mekap...sementara pengantin nak salin baju nak pakai tudung dan mcm2 lagi tema arabic dan bollywood tu....kitorang pun gi laa bilik penginapan yg disediakan tu.
Ini laa biliknya...leh muat 6 orang ngan selesa. Tetiba tingat kat along dan angah jugak, mm.. |
Mesti bangun pagi2 sejuk kat situ. Atas bukit, kan....
Jadi, sepanjang kitorang bertugas di dewan sepanjang majlis...akiss dok sorang2 dalam bilik ni aje lah. Takde laa dia rasa bosan kena tunggu kat dalam dewan sementara kitorang tengah wat keje.
Dah selesai tugas, aku ngan abang balik bilik. Solat Isyak dulu. Baring2 jap. Baru kitorang gerak balik umah. Tak leh tido situ sebab keluar umah petang tadi dengan keadaan yg bukan niat utk bermalam di tempat lain. Jadi, perlu lah balik umah, ye. Serahkan kunci kat pengantin. Kul 1 pagi baru sampai umah.
Tempat ni mmg best laa kalo nak buat hari keluarga...sekiranya tak kisah lokasinya di mana, hehe. Ye lah...ada tu suka buat hari keluarga kat tempat2 yg popular...mcm kat CH, kat Langkawi...kat Penang, Pangkor, PD dan lain2...kan (hehe...mcm aku jgk tu)...Ye lah..mcm kitorang yg dh dok Taiping ni...kalo nak buat hari keluarga kat Bukit Merah pun rasa "errrr..."...Bukan apa, dh alang2....kan. Buat laa hari keluarga jauh sket dari umah, ngeh2. Apa2 pun...tengok bajet jugak, ye. Bajet mampu!!!
Nota ALONA:-
~Dah mula sebok ngan keje luar...Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment