Saturday, November 7, 2015

Dipecahkan pulak!!!

06.11.2015
JUMAAT

Aduhaii dorang ni...pecahkan pulak simen longkang kat depan umah aku tu semata2 nak buat keje pemasangan besi kat paip pvc yg merentas longkang tu sebelum ni. Naper laa sebelum ni dorang tak buat duluuuu...sebelum longkang tu dh dinaikkan bata dan diplaster simenkan... Tak pahamnya aku ngan perancangan keje2 kontraktor, jps dan perancang bandar dan wilayah ni. Dah bagi pecahkan...tinggalkan aje mcm tu. Dah tak elok dh nampak longkang aku tu. Cacat...sumbing!!!!
Sepatutnya...dorang pakej kan sekali laa. Dah bagi pecah...buat keje yg dorang kena buat. Lepas tu simenkan semula bagi elok. Bukan banyak sangat pun.
Huduh dh nampak...mmm..
Mmg bukan umah aku aje...tapi hish!!!! tak best tul laa ngan cara keje2 dorang ni semua. Susah bila keje takde saling bermuafakat ni. Kira ko dapat bahagian ko...ko buat. Aku dapat bahagian aku...aku buat. Asal siap...dapat duit, hmm..

Masa dorang tengah buat keje ni...aku pun tengah kalut nak bawak Bear ngan Ommey ke klinik. Hari lak Jumaat. Pikir nak balik nanti nak masak lagi. Otak ni pun dh tak teringat nak tanya pasal tu.... Balik dari klinik haiwan...tengok kat situ...dh jadi sumbing keadaannya tapi tak diperelokkan semula. Dorang yg buat keje tadi pun dh takde dh laa nk komplen pun, hmm.



Nota ALONA:-
~Manusia....

No comments: