Sunday, November 29, 2015

Jumpa sahabat lama..

27.11.2015
JUMAAT

Kul 8 lebih...kitorang keluar ke Plaza Angsana. Tak jauh pun dari hotel tapi kena naik kereta jugak laa sebab bangunannya nun kat seberang jalan. Jalan besar weh. Divider pun berpagar.....mana leh main lintas2 aje, hehe..

Kat sini nak cari makan aje tujuan utama selain tengok2 apa ada kat dalam tu. Food court kat sini mmg one stop utk makanan2 femes kat Johor ni.
Try kacang pool haji...walaupun aku dengar kat Ipoh pun dh ada...tp nak try yg ori ni duluuu.
Beli bungkus jer...sedap weh!!!
Mcm2 gerai makan yg femes ada kat situ.
Kat food court ngan pilihan makanan masing2..
Kat sini jugak dah janji ngan Lisa, member sama batch di SMVTAA aku dulu. Dia skang dok JB...lecturer kat salah satu poli kat sana.
Pertama kali jumpa semula selepas abes SPM di SMVTAA, Alhamdulillah.
Somi aku ngan somi Lisa.
Ciskek yg maveles khas dari Lisa...tenkiu very2 much, Lisa..
Kek marble butter...yummy. Lisa bagi jugak. Semoga dimurahkan rezeki, Lisa. Amin.
Timakasih laa kat Lisa dan somi. Segan jugak sebenarnya. Beriya ler buatkan kek ni utk kitorang. Padahal, sehari sebelum tu baru balik dari kursus kat Penang tu.
Apa2 pun...pemberian ini sangat kami hargai, :) .Leh wat kudap2 kat dalam bilik hotel dan semasa perjalanan nak ke mana2 nanti.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

No comments: