Sunday, November 8, 2015

Sampai sini jer hayatnya..

07.11.2015
SABTU

Pagi tu...Bear nampak makin teruk. Semput nya makin teruk. Bernafas mcm payah. Sesekali nampak mcm batuk. Lendir keluar. Kitorang tetap bagi ubat. Bagi air guna picagari.

Lepaskan dia dari sangkar. Ommey pun jugak masih tak sihat tapi lepaskan keluar dari sangkar sebab nak bagi dia rasa bebas, tak stress.

Tapi lepas tu kitorang terpaksa masukkan Bear kat dalam sangkar sebab kitorang nak keluar. Kalo lepas kat luar kang..risau lak kena buli ngan kucing liar. Dia dh laa lemah dan lesu..

Petang tu...aku tengah nak mesin rumput kat tanah sekangkang kera mula dari belakang. Abang lak baru balik dari kedai...beli makanan lembik peket2 kecik tu. Beli tu utk bagi ommey dan bear makan laa sebab 2-2 nya tak selera nak makan makanan biasa tu.
Ni laa makanannya.
Abang nak amek laa Bear dari sangkar. Tapi tengok dia dh tak bernafas. Mata pun tak berkelip dah. Aku pun terus laa berhenti mesin rumput tu dan tengok keadaan Bear. Aduhaii...sedih dh masa tu. Bawak keluar dia dari sangkar. Badan masih lembut...masih panas. Maknanya baru jer menghembuskan nafasnya yg terakhir. Aku cuba jugak belai2 dia dengan harapan dia masih bernyawa...mata akan bergerak2. Tapi takde!!!
Nampak mcm dia hidup lagi..
Mulutnya lendir dan berbuih...mata pun tak berkedip...
Memang berderai lah air mata aku petang tu.
Bear ni....antara meow yg sangat rapat ngan tuannya. Manja sangat2 ngan orang.
Waktu abang gi keje...dia laa yg teman aku melipat kain baju yg melimpah2 dari bakul tu. Dia jugak laa yg teman aku wat keje ngadap komputer....dok atas riba ngan bunyi pur...pur..pur..manja sungguh. Bila aku baring petang2 kat atas kusyen depan tu utk rehat2kan mata....dia pun datang atas perut...dok atas tu, lena tido sesekali mengigau (comel)...tanda dia kasih kat aku. Dia bagi aku rasa sedang berteman....Aduhaii, tengah buat entry ni pun aku menitiskan airmata. Baik sangat dia. Memahami dengan pandangan matanya dan menjadi penenang hati dengan sikapnya.

Tapi yg aku tak boleh lupa jugak...masa Bear ada laa wat satu kesalahan kat dalam umah. Besar jugak laa kesalahan dia...tak tau naper dia leh wat camtu. Aku mmg marah laa. Aku ni baik anak2 sendiri atau kucing belaan sendiri buat salah....mmg aku akan marah. Kita marah sebab nak ajar dia...jgn buat lagi. Seminggu jugak laa Bear tak mau dekat ngan aku. Takut + merajuk jugak kot...mm. Jenoh jgk ler nak berbaik2 balik ngan dia, hehe. Bermula ngan jinak2 merpati...akhirnya dia terus mcm biasa semula ngan aku. Mmg jadi kenangan.
Di luar pagar ini lah jasad Bear bersemadi...
Terima kasih atas baik budimu...Bear.
Kami tidak akan lupa kehadiran mu yg pernah mewarnai hari2 kami...

BEAR DALAM INGATAN : 12 April 2015 - 07 November 2015

Hari yg sama...Ommey yg kurang sihat tu pun tak balik2. Waktu dia sihat...mmg dia tak gi jalan jauh pun. Paling tidak kat luar pagar, dok rehat bawah kete, atas kete...masuk umah cek sampai dapur...pastu catwalk keluar semula...Tapi hari tu tak tau dia ke mana. Puas dh cari dalam umah, kat umah kak nor pun takde. Badan dia dh laa lemah.
Alhamdulillah...malam tu...abang bukak pintu...tengok2 dia ada atas tembok beranda ni. Nampak mcm sihat...tp masukkan dalam sangkar...tak mau makan jugak, masih lesu, murung....mm.
Tengok laa...keakraban vee dan ommey..sanggup berhimpit2 dalam kandang ni kat satu tingkat. Padahal sangkar ni ada 3 tingkat, mm...
Dari hari raya puasa...sampai ke hari raya haji...sampai ke minggu lepas. Plan nak amek gambar pegang sorang sekor meow....tak jadi2. Kini....Bear pun dh takde. Pergi meninggalkan kami selamanya.


Nota ALONA:-
~Memang sedih.......sangat!!!

1 comment:

Siti Fatimah said...

sedihnya... mati pun mata terbuka .