Tuesday, November 10, 2015

Meronda ke AEON Klebang..

08.11.2015
AHAD

Dari RTC Gopeng...kitorang nak ronda2 kat AEON Klebang yg baru dibuka ujung Oktober ritu. Saja jer laa...meramaikan lagi manusia kat situ, kihkih.....

Tapi sebelum tu...singgah kat medan selera Tasek tu dulu. Makan nasik ayam, nasik goreng ayam. Kul 3 baru nak cari nasik, hehe.

Jalan masuk nak ke AEON tu seperti dijangka laa...akan panjang nunggu lampu hijau. Tapi tunggu takde laa lama sangat. Tengok dari situ...mak aiii...orang sanggup parking jauh2 tu. Mungkin tak sanggup nak cari parking kat dalam atau dh tau susah nak dapat parking kat dalam tu dah. Orang mmg ramai...maklum ler...mende baru, kan. Tambah2 pulak ramai yg amek kesempatan balik kampung sempena cuti Deepavali nanti.

Sebab nak jugak masuk punya pasal...mmg kesabaran tu di level yg tinggi lah, hahaha. Parking pun tengah free skang....senang jer lah. Masuk aje...terus naik ke parking tingkat paling atas tak berbumbung tu. Selalunya kat atas tu orang malas nak naik. Atas mmg penuh jugak. Tapi Alhamdulillah laa...tak susah laa jugak nak dapat yg kosong.

Besar jugak AEON ni. 3 tingkat utk kedai2nya. Lom campur laa ngan tingkat parking lagi, hahaha. Ok jugak AEON sini...kedai banyak. Tapi duit kitorang yg tak banyak, huhu. Harap2 nanti...boleh laa ada banyak2 duit, ye. Amin..

Kat sini...banyak lak dorang sediakan tempat2 bergambar ala2 studio ni. Paham sangat ngan orang skang yg suka bergambar, kan. Disebabkan orang ramai...mmg ramai laa jugak yg tertarik utk bergambar di setiap dinding yg mcm studio gambar ni.
Bergambar ngan ikan lumba2 dulu...
Bergambar ngan latarbelakang sebuah gunung yg cantek pulak..
Kat sini ada disediakan hall. Mgkn leh dibuat sewa utk dinner ke hape jugak kot. Dorang pun leh wat show tertutup ke apa kat dalam tu. Masa kitorang gi ritu...dorang wat tayangan citer2 lama dari Astro. Kitorang malas laa nak dok tengok. Skrin mcm kat kedai mamak aje pun, hihi..

Kat situ jugak ada wat pameran belon. Hmm...bukan belon getah tu...belon plastik aje. Tapi menarik jugak laa nak bergambar2, kan..hihi.
Belon bentuk hati...
Belon bentuk bintang...bersama bintang hatiku, wink..wink..
Dah keluar dari situ...nampak kedai Kaison ni. Dalam banyak2 kedai dalam AEON tu...kedai Kaison jer yg kitorang masuk, hahaha.

Ngan bantal tembikai....
Adik anis ngan bear besar...
Dan ada jugak laa barang yg kitorang beli dari kedai ni, hehe.
Harga lagi murah dari Hinode Shop.

Seberang aje ngan kedai Kaison ni...ada lak dinding studio gambar pokok blossom yg bertaburan bungannya. Menarik sungguh aiih. Gi lak bergambar kat situ. Tapi tak dapat nak bergambar penoh sebab sebelah tu pun ada orang lain bergambar. Tak mengapalah.....kang nampak jakun sangat, kannn..kan, haha.

Dengan yg tercinta...
Berselpi pulak...
Masuk semua...
Anak2 aku mmg tak balik cuti deepavali ni. Along dan angah tetap ada kelas. Akiss pun tetap ada program Migty nya....Tu yg dorang takde join aktiviti ni.
Masa nak balik tu..ujan berhenti jap...walaupun ada jgk laa gerimis2...
OTW nak balik tu yg hujan sepanjang jalan sampai ke Taiping. Kitorang tak ikut hiway pun. Terus ikut Sg. Siput jer.

Kat Taiping...singgah makan kat Abang Sado dulu..
Kat umah kang tak yah cari mende nak makan dah, hehe.. Leh terus buat apa yg sepatutnya nak kena buat.
Kitorang makan bihun sup aje. Tak lalu lak nak makan nasik..
Itu laa citernya..
Skang ni kena sambung pulun balik selesaikan gambar2 utk album pengantin.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, syukur atas kurnia dan rahmatMu...

3 comments:

mamawana said...

Assalam

Jenguk sini. Mesti gambor cantik cantik.

wantie said...

cantik.. nampak mcm real je..

che mid said...

Seronok bersantai-santai walaupun hujan kan. Bergambar dan selfie tu dah acara wajib. Mcm pelik pulak kalau tak bergambor he he