Friday, November 6, 2015

Bila meow tak sihat..

06.11.2015
JUMAAT

Pagi tu...sepatutnya aku nak gi JPJ. Tapi tak jadi sebab tengok Bear dan Ommey tak bermaya dan nampak murung jer. Risaunya aku... Padahal dah bagi makan ubat. Bear pun siap dh kena cucuk sebab demam 40.5 darjah celcius ari tu. Tapi masih tak baik2 walaupun ada sehari tu dia boleh makan semula walaupun tak banyak dan nampak mula ada tenaga utk bergerak berjalan kat dalam umah.

Tapi Bear lesu semula. Ommey pulak macam jangkit demam dari Bear. Badan panas. Aku yg mmg dh bersiap nak ke JPJ...terus aje amek 2-2 ekor ni masuk kereta. Ngan takde carrier nya....harap 2-2 leh dok elok2 dalam kereta masa aku memandu nanti.

Kali ni aku bawak gi klinik kerajaan lak. Dah serahkan kad..baru gi amek Bear kat dalam kereta.
Bear baring atas lantai aje...tak bermaya sangat. Ommey aku biarkan kat dalam kereta dulu..
'Kasi' laa kucing tu kalo kita rasa tak mampu nak jaga anak2nya nanti...
Ommey pun tak bermaya...sian tul...
Doktor cucuk kat ommey dan bear. Siap bagi ubat antibiotik, ubat demam utk 3 ekor kucing yg lain sekiranya berjangkit jugak dan vitamin utk 2-2 ekor kucing ni sekiranya dh baik demam.


Nota ALONA:-
~Semoga cepat sembuh...meow2ku..

No comments: