15.11.2015
AHAD
Kali ni...pagi2 lagi Akiss kena kemas barang2 nak bawak balik asrama. Nak terus bawak dia ke Penang. Kitorang keje kat sana hari ni. OTW balik petang nanti terus hantar jer dia.
Kul 10pagi camtu...kitorang keluar. Ikut Bukit Merah sebab nak makan kat kedai biasa tu dulu.
|
Babai...vie. Muka masam kena jaga umah, hehe.. |
Terlupa pulak lalu jambatan dah sepenohnya Touch n Go. Kena ler gi topap kat stesen myk Shell dekat tol Juru. Tapi disebabkan stesen minyak Shell sini ada jual kad baru...aku terus laa beli kad TnG yg baru. Kad yg lama tu nak simpan sebab plastik dia dh terkopek2 dah. Kad tu dapat hadiah sebab jadi pemenang harian utk satu peraduan kat page FB Perodua beberapa tahun yg lalu. Dapat kad sekali jumlah kredit dlm tu ada RM99. Kiranya, sejak tu laa kitorang mula2 guna kad TnG ni , hehe.
|
Kad lama...kad baru.. Kad lama...simpan. Jadi kenangan. Ada RM1 jer kot dalam tu, hehe.. |
Kat Hentian Sg. Juru...adegan menunggu pun berlaku lagi. 40 minit jugak rasanya, ffhh!!! Mm...kalo fotografer yg lambat...akan kata kitorang ni tak menepati waktu. Tu laa ye...dugaan utk soh diri tu tabah.
Sampai kat Teluk Bahang....dh kul 2 petang. Mak aii...keluar kul 10 pagi. Mcm jauh jer kan....makan masa 4 jam tu, mm. Kira sekali waktu kitorang makan, menunggu dan hadap kesesakan jalan di dalam pulau...
Dorang nak laut...ok, kita bagi laut. Kat sini byk sket subjek leh jadi background..
|
Akiss tolong jaga barang2 dari en, cik, puan monyet... |
|
Pantai di Teluk Bahang pada jam 3 petang itu. Tenang dgn ombak2 kecil.. |
Nampak
mcm bersih tapi sebenarnya bau2 ikan jugak kat sini sebab dekat ngan
jeti nelayan. Tapi ada pulak sorang minah saleh ni leh mandi berendam
kat situ sorang2 dia, hehe. Tak pe laa kalo kulit dia takde alahan.
|
Abang sedang bekerja. Pengantin semalam ni. Baru outdoor. |
Dh selesai keje...singgah jap kat kedai makan. Minum air ler weh. Dahaga sangat dh tekak ni. Sekali oder makan nasi goreng. Aku share ngan abang. Target kul 4 petang dh kena gerak balik dah sebab nak hantar akiss sebelum kul 6 ptg...tapi takde nya lah. Abes keje pun dh cecah kul 4 petang. Siap singgah makan dan minum lak dulu. Dekat kul 5 petang jugak ler baru memulakan perjalanan balik tu. Dah lewat sejam dari plan asal. Dah ler jalan kat area Batu Feringghi ni banyak nau kereta, hoho. Akiss kata takpe balik malam pun. Sebelum2 ni tiap2 ujung minggu ada jer kawan2 dia balik malam
(selepas abes exam). Takde kena amek tindakan pun. Ok, aku kata...apa salahnya kan sekali kita langgar peraturan asrama, kihkih. Jadi baik sangat ikut peraturan sangat pun bukan dpt apa. Err....bukan selalu ye. Ni baru ler sekali....dh abes exam tau!!!
|
Canteknya kaler air laut ni waktu kitorang lalu masa tu. Nak berhenti tapi takde tempat berhenti.... |
|
Bila dh berhenti...kaler air laut dh tukar dah... |
|
Kat area lain pun dh tak dapat dh warna air laut cam tadi, hmm.. |
Dah laa otw balik tu leh lalu ntah mana2 jalan ntah kat dalam pulau tu, kihkih. Kelakar tul lah. Tengok gps pun...gps pun sewel sebab awan tebal hari nak ujan. Takde laa sampai sesat tapi kitorang ni guna jalan jauh...tapi makin lambatkan perjalanan aje lah. Ngan ujan lebat nya lagi..dugaan nak soh kita sabar. Bila sabar...insyaAllah, ada berkatnya.
Ok...dipendekkan cerita...kitorang terus ke Mydin. Akiss ni ada lak nak beli hadiah utk majlis potluck. Gi kejap aje. Mmg beli barang2 dia jer pun. Kitorang pun nak cepat balik. Letih dh rasa badan ni..
Kiranya ari tu hantar Akiss selepas Maghrib lah. Pakcik guard pun takde kata apa masa akiss amek kad outing tu. Dan.....banyak lagi kad outing yg masih di ada di atas meja itu menandakan seramai tu jugak laa pelajar yg masih lom balik ke asrama pada hari itu, hahahahahhaaha...
Aku mesej akiss sehari selepas tu...akiss kata...mmg takde apa2 tindakan pun. Mungkin cikgu warden pun dh malas nak strict sangat kot. Budak2 dh abes exam...dan ramai pelajar dari maktab2 lain
(tempat anak kawan2 aku belajar) dh mula bercuti pun sejak awal November ari tu. Maktab sini aje tak abes2..........
Nota ALONA:-
~Camni lah nak cari duittt. Terbakar2 kulit muka.....................................
No comments:
Post a Comment