Tuesday, January 25, 2011

Rombongan cik Ella ke panggung wayang..

24hb Disember 2010
Taiping Sentral..

Dh sebulan citer ni aku simpan. Tapi takpe ler..sedapnya mcm pekasam..kuikui..

Sebenarnya..tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) ni lambat 'main' kat satu2nya panggung di Taiping ni.
Al-kisah, kitorang dh terjah masa mula2 ditayangkan kat seluruh M'sia tu..konfiden je terus terjah, huhu. Tp hampa je..sbb takde dlm senarai tayangan pun. (Walaupun pd akan datang!!)

Piluih ngan kawan pun ada jgk ler gi tanya kat kaunter tu beberapa hari kemudian...budak kaunter tu kata..panggung tu mmg tak amek pun filem HKLBR tu utk tayangan..huh!!

Apa ke jadahnya ler dorang ni.
Filem Aku Masih Dara dan Aku Tak Bodoh...tu berderet2 tayangan dlm sehari.
Pdhal...HKLBR ni yg ramai nak tgk, huh!!
Mesti pihak Big Cinemas ni jangka filem HKLBR ni tak dpt sambutan mcm filem ESTET dulu tu.

Sepatutnya, panggung yg masih baru ni dan ada 7 buah panggung di dalamnya...kena ler amek filem ni. Tambah2 pulak...lokasi penggambaran kat Perak..

Kitorang dh berkira2 nk gi TGV kat Ipoh je masa abg cuti 27hb tu.
Tp tiba2 pulak dpt tau Big Cinemas di Tpg Sentral ni akhirnya amek jugak filem HKLBR utk tayangan. Mgkn atas permintaan ramai.
Tu mesti ramai yg gi tanya..bkn kitorang aje..huhu.

Abg yg dpt tau ni pun..kol ler Sela yg kebetulan nak kuar ke Tesco ngan kak nor dan Yui.
Nak mintak tolong Sela gi beli tiket tgk beramai2..huhu.
Psl petang Jumaat tu kitorang kena menjalankan tugas gi amek gambo akad nikah kat Kg. Setia terlebih dulu. Majlis tu dijadualkan pd kul 3ptg...tp disebabkan ada masalah teknikal Tok Kadi..maka..terus ler majlis pernikahan tersebut telah tertangguh sehingga jam 6.15ptg dan tamatnya jam 7ptg..huhu.
Lama jugak ler kitorang kat umah pengantin tu..mcm pengantin jgk kena menunggu sama tok kadi, ngeh2.
Kesian kat kitorang...tp lagi kesian ler kat pengantin, erm..

Balik umah tu..mengejan ler kitorang buat apa yg patut...kemudian bersiap2 utk keluar pulak ke Tpg Sentral. Tiket dh dibeli.
Penat pun penat jgk ler. Sekurang2nya..leh ler menghela penat bila menonton HKLBR beramai2.

Masing2..pegi masing2 dan janji terus jumpa kat Big Cinemas.
Semua tiket ada kat ketua rombongan iaitu Sela, heheh..
Tayangan jam 8.30mlm..

Tgk ler..punya pjg tiket HKLBR ni. Brp ramai yg gi??
Yg pegi 18 orang tp tiket cuma utk 16 org je..
Psl yg lagi 2 orang tu..kanak2 umur 3-4 tahun..hehe..
Aku, abg dan anak2 sj dh 5 orang.
Sela, Anas, Ain (Anis extra, hehe),
Kak Nor, Piluih, Yui,
Maton, Ren, Akem, Apis (Khaira extra, kuikui)
dan Ija.


Sela amek seat sederet dlm panggung tu.
Dari hujung dinding sini...sammmmmpai ler ujung dinding belah sana..ngee..
Sbb..Sela kata...yg tu je yg leh dok sebaris pun.
Seat yg lain dh rongak2..kena dok ngn org lain.
Walaupun tiket telah dibeli pd waktu siang punnn..dh takde pilihan tempat duduk dh, camno??

Walaupun jalan citernya..sempoi tp best ler sbb leh ketawa..ketawa..dan terus ketawa.
Tambah2 pulak tgk beramai2 ngan ahli keluarga ni, huhu.
Terhibur sgt.
Sebelum2 ni bkn tak penah gi keluar tgk wayang segerombolan (antaranya filem AVATAR dan Upin Ipin, hehe)...tp kali ni tgk citer lawakk dan ahli rombongan lebihhh ramai..syok..syok..

Lepas abes tayangan..kitorang singgah minum2 (ada gak yg oder makan) kat Amat Char Kuey Teow (yg mmg hanya buat char kuey teow ngan kuey teow goreng aje)...(boring betul takde mende lain..). Maton yg belanja, yihah!! Timakasih yo!!

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

hehe...patut la HKLBR boleh punggut 7 juta lbh...

attyfir said...

citer ni mmg besh.puas ati tgk .

azayani alim said...

wahhh!!! byk tu beli tiket.haha

wantie said...

caya atau tidak, inilah kenyataan. bahawasanya sejak kelahiran Amirul, kami tak pernah jejak kaki ke panggung.

lama kan. 6 thn sudah.

Unknown said...

bestnya tgk movie 1 rombongan.. ;)

Anonymous said...

tak tgk lg citer ni..grrrr