Saturday, January 8, 2011

2H1M di Cameron Highlands - Part 3

Setelah tergendala bbrp lama..aku sambung balik menyimpan foto2 kenangan dan sedikit citer ketika cuti2 bersama famili aku ke Cameron Highlands bln duabelas hari tu, hehe..

KEA FARM
Selepas je turun dari Ladang Teh Sg. Palas..kitorang singgah kat Kea Farm.
Antara tempat yg sesak ngan orang..sesak ngan kenderaan..jalan jemmmmmmm.
Kat sini ler antara puncanya jalan jem dari pekan Brinchang dan dari Kg. Raja kalo peak season, huhu.
Sbb..kete sdg mencari parking, tunggu kete lain nak kuar sbb dia nak parking...
Pastu..keta, van & bas parking kiri kanan jalan sehingga menyempitkan jalan..hehe..

Myvi dpt parking dekat2 sini.
Kitorang kena gi parking kat belah bawah nun.
Sempat membeli sarung kepala Akiss yg ala2 Bob Marley (RM13) dan tingin pulak budak ni nak penutup telinga ni, adeii.
Beli key chain, penanda buku...abes dh separuh duit aku bwk kat sini, huhu.
Nasib baik ler..bajet abah dorang masih ada lagi, kahhh..

Dh sampai kat gerai2 Kea Farm ni..mak, ayah, Fadel dan Dayah dh mula membeli sayur, stoberi, ubi keledek, limau sunkist saiz besar....
Tgk ler akiss tu..dh bergaya ngan sarung kepala sotong kurita dan ear muff nya tu.
Cenggitu ler jadi budak pempuan, huh!!

Angah tolong wan dia memilih key-chain2.
RM5 dpt 6 rerantai kunci tu. Mak nak bg kat kawan2 sekerja ler tu..hehe..

Kemudian, angah ngan along tolong memilih kat sebelah sini plak..
Sambil beriya2 diperhatikan oleh ayahngah dorang tu, kahhh..
Berkerut2 dahi konon!!!..huhu..

Along ngan angah tu mmg tengah serius memilih..
Tp ayahngah dorang tu pulak..aku tak tau ler..maklum ler..Fadel tu bkn tak nampak aku tgh menghalakan lensa ke arah dorang, kahhh..

Kat situ..ayah beli 9 tongkol jagung bakar ke jagung rebus ntah..lupa dh, hehe..
Abg pulak beli pisang goreng, cendawan tiram goreng dan cendawan butang goreng..hehe..
Dh tu..kitorang pun menghala ke Tanah Rata.

Bertemu famili Abg Syukor kat Tanah Rata
Mula2 nak singgah makan dulu kat kedai makan kawan ayah kat Medan Selera Brincang tu tp kedainya tutup pulak.

Dh sampai Tanah Rata..kelibat kereta abg Syukor tak nampak lagi.
Maka aku pun gi ler jumpa tokey apartment utk amek kunci.

Manager nya org India. Dia jumpa aku kat Maybank..terus dibawaknya aku ngan volkswagennya ke apartment yg kitorang sewa tu utk tunjuk kat mana (aku dh tau pun sebenarnya kat mana), nak tunjuk apartment tu kat tingkat brp (yg ni aku tak tau laa, hehe), apartment no brp (pun tak tau gak, huhu)...
Erm..mmg bersih ler. 4 buah bilik kesemuanya. Bermakna..semua dpt bilik, ye..huhu.
Semua kemudahan ada termasuk dapur memasak dan perkakas2nya.
Tp seterika takde. Katanya mmg tak disediakan. Erm..
Tp aku mintak gak seterika tu...Tak lama kemudian manager tu datang apartment utk serahkan seterika, hehe.

Sebenarnya, berurusan ngan syarikat yg menyediakan services apartment yg aku sewa kat CH kali ni mmg merumitkan sket.
Aku nak citer pun tak reti.
Apa2hal..bkn salah kitorang pun sebenarnya..cara pengurusan dorang tu yg tak betul. Menggelabah sangat. Cara bercakap ngan aku dan abang pun..kelam kabut.
Mcm laa 3blok apartment tu dia yg punya, huhu.

Jd, disebabkan itulah..aku tak sebut nama apartment tu walaupun ada 4 bilik cuma RM280 harga sewanya ketika musim cuti sekolah.

-2 bilik mempunyai 2 katil bujang setiap satunya.
-1 bilik mempunyai sebuah katil tingkat di mana..bawahnya bersaiz queen..dan tingkat atasnya bersaiz katil bujang.
-1 bilik lagi mempunyai katil queen tp jenis berkaki rendahhh aje..huhu..
-Turut disediakan bantal, selimut dan tilam ekstra.
-Bilik air ada 3 buah..huhu..

Lepas aku dh dihantar semula ke depan Maybank tu..aku terus ler ke arah yg lelain sedang lepak2 kat sebuah gerai kat situ.
Famili abg Syukor dh sampai dh.
Abg Syukor ni anak sedara ayah..merangkap sepupu aku ler.
Dorang ni OTW nak balik ke Kedah sbb balik kampung Lebu, Bentong tu jumpa mak dia ler Maklong Siah kitorang tu, huhu.

Ayah ler yg menyarankan agar ikut jalan baru Sg Koyan - Cameron - Smpg Pulai utk balik ke utara, huhu..

Kitorng ajak gak ler family abg syukor ni join sekali ngan kitorang kat apartment tu.
Tak kisah..bilik ada 4 dan ada ekstra2.
Tp, abg syukor kata dia dh janji ngan kawan dia utk melaksanakan tugas keesokkannya.
Takde ler...

Sempat ler bergambar kenangan ngan family abg syukor kat Tanah Rata ni, hehe..

Di apartment
Lepas2 tu kitorang pun gi ler angkut barang2 naik ke apartment tingkat 1 aje.
Merehat2kan badan, melurus2kan tulang.
Masak2 memasak sudah bermula...
Perkakas memasak..kitorang bwk sendiri punya..cuma dapur dan gas milik apartment tu aje yg kitorang guna.
Bkn takde muslim punya apartment tp dorang kurang sediakan jenis 4 bilik.
Kalo ada pun...harga sewanya mahaiii.

Aparment kitorang kali ni kat Tanah Rata aje. Saje nak rasa camne bermalam kat sini lak.
Ada kata tak sejuk dh kat Tanah Rata ni, erm.
Tp..sejuk gigil gak oiii..huhu. Nak pijak lantai..aduhaiii...

Kali ni saja aku sewa kat Tanah Rata.
Sebab, sebelum ni dh penah tido kat Brinchang 3x...tido di antara Brinchang dan Tanah Rata..pun dh penah sekali..hmm.

Fadel kata..nape tak sewa kat Ringlet je terus?? kahhh...

Pasar Malam di Brinchang
Gi Cameron ni sgt syok kalo gi bermalam. Sebab apa?? sbb leh gi pasar malamnya di Brinchang tu. Mmg happening!!
Dulu takde ler mcm ni punya ramai peniaga. Cuma kat lorong depan hotel Star Regency tu aje. Kemudian, dorang pindah lak lagi..kat depan Balai Polis Brinchang tu. Tp sebelah sini aje. Takde ler sampai dua2 belah jalan, hehe.
Tp skangggg...uii...dh dua2 belah jalan peniaga dok berniaga. Juling mata, huhu.

Yeargh...aku masih kool sebenarnya tu..hehe..

Tgk..aku dh mula memegang barang2 yg tergantung tu..
Tengok2 aje dulu tu, hehe..

Aku sdg menerai spek itam mata lalat. Tp saja2 cuba aje. Utk diambil gambar..kahhh.
Tak penah berhajat lagi nak beli..pasal terasa sendiri pulak yg spek cenggini tak sesuai ngan aku. Bkn tak penah menerai..menerai dan terus menerai setiap kali singgah kedai spek mata hitam ni...tp mcm tak sanggup je nak beli, huhu.
(Tp tadi baru je aku beli spek itam yg jenis biasa2 aje tu harga RM19.90 kat kiosk di TESCO..sbb spek lama aku dh tercalar sepesen je ngan cutting bingkai dan cermin dgn spek baru td..hehe...Maklum ler..spek murah, cenggitu ler..huhu)

Kat tengah2 pasar malam ni..ada pulak yg buat bisnes parking berbayar.
Sekali masuk RM3 kot kalo tak silap.
Maka..ramai gak ler yg masuk situ sbb maleh nak tercari2 parking yg dh penoh sgt2 kat tepi2 jalan tu..uiiii..
Mcm mengganggu gak ler pengunjung2 pasar malam yg sedang berjalan sambil memandang2, mengerling2 pelbagai barangan yg dijual oleh peniaga2 kat situ tu..kann..

Akhirnya..aku jumpa gak sarung kepala yg sesuai utk Akiss kat sini.
Murah je..RM10. Kalo kat Genting aku tgk hari tu..mak aii..RM30 ko!!
Sarung kepala sotong kurita yg telah dibeli petang td...angah yg nak.
Tu tgk kat gambar atas tu...dia dh pakai dh.
Mmg angah dh berkenan sejak petang td lg..hehe..

Abg tu tgh pilih t-shirt bling2 Cameron Highlands, hehe...

Kitorang dh abes ronda..takde apa nak beli sangat pun. Saja cuci2 mata walaupun byk betui brg2 CH yg menarik. Ingatkan yg lain2 ada dh selesai membeli..rupa2nya tak, hehe.
Takpe ler..maleh dh nak gi berjalan masuk pasar malam. Makin malam..makin ramai orang datang. Maka, kitorang pun tunggu aje kat seberang Star Regency tu. Kat depan2 tu pun dh dibina deretan kedai2 yg menjual cenderamata, beg dan mcm2 ler..huhu.
Tgk2 aje laa. Sbb barang2 yg sama gak ngan kat pasar malam tu, hehe.

Keta parking jauh tak jaoh..dekat tak dekat jugak ler..hehe. Tp tak rasa ler penat sangat menapak sbb cuaca kan sejuk dingin. Peloh pun tak keluar, hehe..

Balik apartment malam tu..dh makan2, lepak2...
Kemudian, aku ngan abang dan anak2 pun turun meronda2 kat pekan Tanah Rata tu.
Bila dh balik apartment..Fadel ngan Dayah pun rupa2nya dah turun meronda2.
Tp tak terserempak pulak, hehe..

-sambung pulak nanti hari ke2 kat sana.
-esok 9hb Jan...takde letrik dari pg sampai maghrib kat area umah aku. TNB dh hantar surat notis pemberitahuan. Maka, modem streamyx pun takleh nak on waima laptop ada bateri, hehe..

5 comments:

Gieyana said...

bestnyer kak g CH nie..walaupon tiap2 tahun p mmg x puas..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

adeiii teringat CH le...nak g bila nie..huhu...

apart mn tu kak? murah je....

DeLLas said...

thn ni gi lg..

wantie said...

banyak ker serbinia yg akak beli????

kalau datang kat sini kalau tak beli ala ala strawberry tu tak sah ler. tul tak?

Anonymous said...

seronok pasar malam kat sini..happening!

eh! akak tak amik gambar kat ats gunung brinchang ke??
lau akak naik gunung irau lagi best..hikhiks!