Rabu hari tu..aku kena hantar Angah awal ke sekolah sbb katanya ada kelas bahasa Jepun (tp takde pulak, erm!!) Tp..angah terus je ler stay sampai kelas kul 1 ptg bermula.
Aku pulak terus ler balik umah semula. Tak terus gi amek akiss sbb dia ada KO-KO selepas waktu sekolah sehingga jam 2.20 petang. Sepatutnya..jam 2 ptg nanti baru ler aku amek dia kat skolah.
Tp..tiba2 jam 1.30 petang tu..tipon umah aku berbunyik mintak dijawab. Aku pun angkat ler. Tiba2 aje suara sorang lelaki ckp cenggini; "heloo, tak pi amek anak ka??".
Aku pun termangu2..sape pulak ni. Ckp tu gaya mcm ckp ngan bini dia jer.
Tp tu bukan ler pulak suara merdu suami aku..huhu. Sape pulak ni??
Aku pun tiba2 risau.."eh, anak aku ke? apa jadi..?"..mula ler pikir yg bukan2..adeii.
Aku tanya, "errr...sape ni??"
Lelaki tu jawab, "Razali (bkn nama sebenar).......".
Maka terpikir2 ler aku....Adeii sape pulak org ni??
Aku pun terus ckp elok2 kat lelaki tu, "mintak maaf, mgkn encik salah nombor", hoho..aku mmg tak suka nak layan panggilan2 cenggini.
Tak lama lepas tu..bunyik lagi tipon umah aku tu. Aku angkat jgk dan bersedia kalo2 lelaki tadi yg kol lg..huhu.
Tp bkn suara lelaki td dh...muncul suara Akiss lak. Suspens...
"Ibu, akiss ni. Akiss takde ko-ko", pulakk!!!
Maka aku pun bergegas ler kuar gi amek Akiss kat sekolah. Masa tu ler aku terpikir..yg lelaki mula2 kol td adalah bapa kepada kawan Akiss yg mmg kenal aku tp aku tak brp nak ingat sgt nama dia, hehe.
Yg dia pun...masa kol tu..cuba ler ckp cenggini paling tidak kalo dia tak reti nak susun ayat pun, "heloo, kak...tak mai amek anak akak ke??
Sekurang2nya..leh ler aku tanya ayat selanjutnya utk kepastian, kan...
Masa smpai kat sekolah Akiss..aku pun terus ler gi kat si Razali (bkn nama sebenar) yg tengah tunggu anak dia tu.
Aku nk berterima kasih ler sbb prihatin dan bg pinjam hp dia utk akiss ckp ngan aku.
Aku pun mintak maaf ler kat dia wlupun dia salah jgk..tak reti nk susun ayat bg aku paham sket.
Maklum ler..skang ni byk sgt kes2 yg bukan2. Risau gak ler kan.
Kalo lah dia ckp "hello, kak" pun...aku takde ler rasa sangsi sgt ngan panggilan tu, huhu..
Ni terus terjah je..aduii..
Tp aku paham..niat dia baik cuma dia mgkn kurang PR..hehe..
Tu pasal masa si Razali (bkn nama sebenar) ni nk mintak tolong aku amekkan skali anak dia balik dari sekolah utk 3 hari pd tahun lepas (sbb dia kena kursus kat Ipoh)...mak dia (opah kawan akiss tu..) yg datang umah aku bgtau nak mintak tolong kat aku, hehe..
Berbalik citer Akiss ni..
Dia gaduh pening. Aku rasa dahi dia..panas jgk ler. Aku check pipi dia..Erm, tepi2 pipi dh ada ler tanda2 chicken pox tu..maka aku pun terus je bergegas ke Klinik Ananda..check dan amek ubat. Maklum ler, esoknya kan cuti Thaipusam. Mesti klinik pun cuti, huhu.
Dr. kasi Akiss cuti 12 hari sehingga 31 Januari. Akiss perlu dok umah sampai sembuh.
Akiss dh rugi 2x latihan sukan, latihan netball yg baru nak mula petang Jumaat hari tu, huhu..dan yg penting..dia dh tertinggal ler pelajaran utk seminggu tak hadir ke skolah.
Tp tak mengapalah...semua yg terjadi pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.
Jumaat pg smlm, aku dh gi sekolah akiss utk jumpa guru kelasnya dan serahkan surat cuti sakit dan surat kebenaran berlatih netball setiap petang jumaat.
Dan td...akiss menerima msj kat inbox kat fesbuk dia dari guru kelas dgn kata2 semangat utk dia, huhu..
Semoga Akiss cepat sembuh. Dan harapnya..takde ler yg berjangkit dh lepas2 ni. Amin.
3 comments:
pulak dahhh.. aishhhh.. huhuhu.. xpe la alang2 kena, biar kena awal..
moga Aqiss cepat sembuh yer..
betui lah kak, kalau suara dr owg yg kita x kenal mmg malas nk layan kan!
tetiba tingat hb call buat lawak kt opis..siap wt slang cina lg..ckp psl shipment dier! aduyaii..mati2an ingat betul2..pdhal sy mn incharge shipment..acct taw ler!hihi
Dunia dah advance noh sekarang ni. Cikgu pun guna FB untuk berhubung ngan anak murid.
Kalau dodulu ada FB tentu cikgu kita chat ngan kita kat FB. hehehe.
Post a Comment