Selepas abes sekolah..aku cuma penah berjumpa dan terjumpa ngan beberapa orang kawan2 aje. Kini dua puluh tahun sudah berlalu...akhirnya ada rezeki aku utk bertemu ngan mereka2 semua..semuanya bermula dgn fesbuk. Wlpn keje apa mereka...tetapi Alhamdulillah, masing2 ada akaun fesbuk, huhu. Sekaligus dpt juga jejak ramai rakan2 yg tiada fesbuk tp mempunyai nombor kontek dorang.
Kalo sorang rakan tu ada 2-3 rakan lama yg masih berhubung...bayangkanlah kalo lebih sepuluh orang mempunyai no. kontek kawan2 lama, kan..Maka, akan bertambah2 lah ramai yg dpt dikumpulkan.
Sebenarnya SMVTAA menawarkan kursus yg lebih tertumpu pada pelajar lelaki. Masa batch aku dulu...kursus yg mempunyai pelajar pempuan cuma utk kursus Pengurusan Pejabat, Pengurusan Perniagaan dan kursus Elektronik.
Maka, tidak hairanlah dlm pertemuan pada penghujung Mac 2011 tempohari...bekas pelajar pempuan yg dpt hadir cuma 10 org (gambar suzila takde kat bawah ni sbb dia orang kuat majlis, huhu)..

Aku ni pulak...alhamdulillah laa, suami aku sangat memahami.

Bila dh jumpa ni..leh ler tgk..ada yg maintain, ada yg terlebih khasiat...hehe..(mcm aku, ngee)..
Ada yg rambut dh kurang, ada yg beruban satu kepala dh, ada yg semakin jelita...mcm2 lah.
Selain makan gaji seperti guru sekolah, sekolah vokay/teknik, executive....ramai di kalangan kawan2 ni mempunyai perniagaan sendiri. Ada yg bukak kedai komputer, ada kontraktor dan mcm2 perniagaan ler, hmm. Yg jadi doktor bertauliah tu tak dgr laa pulak tapi yg tak bertauliah dengarnya ramailah jgk..ada 2-3 org yg meninggal dunia kerana mende tu.


Dulu satu kelas PPJ...

Tgk je ler gambar kat bwh ni. Aku berborak, snap gambar...pastu dorang lak snap...tak lama tu dtg lak sorang lagi nak join..cenggitu ler gayanya.
*Gambar2 dlm entry ni..aku kolajkan aje. Belasah je sebab nk cepat.
**Gambar2 nya jugak bukan semua aku punya. Terutama yg ada gambar aku, mmg semuanya bukan dari kamera aku, huhu.
***Byk yg aku cilok dari fesbuk kawan2 yg lain dan aku kolajkan sekali, hehe..
****Aku kolajkan sbb koleksi gambar byk sgt dan gambar satu-satu...aku dh simpan kat fesbuk sbb kawan2 sekolah aku dulu ni...ramai yg tak reti nk bukak blog, kehkeh..



Dh buat kat area pantai..santai2 dah ler, kan..hehe..


Havoc ngan acara bergambar sudah tentu. Acara bersembang2, berborak2...mmg meriah wlpn The Lagend tak benarkan acara karaoke kat rooftop tu.


Ada jgk yg dh bayar utk menyertai majlis tu tp tak dapat hadir sbb ada perkara lain yg tak dpt dielakkan.
Yang datang lambat dh nak abes majlis pun ada, hmm..










Skang ni..dorang rajin menyembang kat situ, apdet gambar2 dorang gi mengeteh. Rajin kwn2 kat area KL dan Lembah Klang tu wat sesi mengeteh. Aku kat Taiping ni tumpang seronok aje ler tgk gambar dan baca kisah dorang, hehe...
Kul 12a.m..majlis kat rooftop tamat. Dorang sambung pulak kat bilik karaoke yg agak luas jgk ler. Ramai leh join. Aku masuk sat je. Pastu, aku turun ke lobby..nasib baik ada Midah lagi kat bwh tgh tunggu somi dia amek kete..Maka aku pun tompang dia balik ke Glory yg bersebelahan je ngan The Lagend.
Dh balik apartment...Angah ngan Akiss teruja nk dgr citer ibunya berjumpa ngan kawan2 lama, huhu. Ingatkan dorang dh tido, dah..hehe..
Mak dan abah dh tido.
Pg tu..aku dgr citer..dorang lepas karaoke gi ngeteh lak beramai2 bukak meja panjang, huhu. Dasat tul. Citer tak penah abes ni, kehkeh..
Tu aje ler kisahnyer. Maka dgn ini mmg betul2 abes ler citer gi PD 26-27 Mac 2011 hari tu..TAMAT..
4 comments:
meriahnyeeee! yg single-mingle mcm saya x de ke kak?? lalalalla
Seronoknyaa kan bila hadiri reunion gini jumpa kawan2 lama.. byk gambar jugak.. :)
seronok kalo ada reunion..kty tahun lepas ada..tp tak pegi .masa tu tgh tak sihat .
haih byk giler gbr..juling mata sy cari kak alona tang gbr kecik2 tu..hahhaha
Post a Comment