Sunday, May 22, 2011

Ke klinik ENT..utk rawatan N..hehe..

21hb Mei 2011
Sabtu

Abg overtime kat Taiping Headwork hari ni.
Balqisz pulak ada latihan hoki kat sekolah dia.
Jadi, dh dlm laluan...abg hantar lah Balqisz ke sekolah pagi tu.
Aku kat umah?? biasa ler..kemas2 umah.
Jam 9.45pg...gi keluar amek Balqisz sbb training hoki abes kul 10pg.
Aku bawak Angah sekali sbb nk bawak dia ke Klinik Pakar ENT berhampiran ngan Hua Lian High School, Taiping.
Sebenarnya, mak mentua aku yg cadang soh bawak Angah ke sini.
Beberapa minggu sebelum ni..mak dh bawak abah buat rawatan kat sini.
Tp rawatan abah tu buat mak suspens sket sbb nk kena tunggu seminggu utk result dari lab di Kuala Lumpur terlebih dulu.
Alhamdulillah, abah ok..mak pun tunaikan hasrat nk sedekah pisang.

Berbalik citer Angah ni..dia ni selesema sepanjang tahun sejak darjah 3-4 cenggitu.
Dulu, Along pun mcm ni. Kitorang bawak gi jumpa Dr. Ananda dan doktor kata penyakit ni adalah sementara saja dan akan ia akan hilang dgn sendirinya ketika umur 11-12thn.
Betul!! perkara tu terjadi kat along. Mmg masa Along darjah 5...hidung berair sepanjang tahun dah semboh. Dah ok.

Tp Angah pulak...dah form 2 masih begitu. Tak hilang2.
Masuk je kete..bkn pasang ekon kuat pun..no. 1 aje..tp kerap bersin berkali2.
Kekadang siap terkeluar hingus skali, ish..ish..kesian betul.
Maka, kitorang pun bawak ler angah ke klinik pakar ni.
Disebabkan mak kata masa rawatan abah dulu kena cas RM seratus lebih..maka aku pun spare ler duit RM150 utk masuk situ, huhu.

Lepas dh amek Balqisz dari latihan hoki...terus ler aku bawak Angah ke klinik ni.
Doktor pempuan berketurunan benggali kot, hehe..
Personalitinya...sgt baik, peramah dan services yg bagus.
Balqisz yg turut masuk bilik tu pun ditegurnya dgn pertanyaan yg menyenangkan.
Angah dirawat ngan sebaik-baiknya.
Berbagai pertanyaan mengenai simptom2 jika pernah berlaku kat Angah.
Lubang hidung angah juga di'scan'..hehe..nampak ler bulu2 idung dan hidung yg dipenuhi dgn air, hehe..

Doktor pun bagitau ler itu ini..itu ini, yg boleh, yg tak boleh, jenis2 ubat yg bakal diberikan pada angah serta menunjukkan cara2 betul menggunakan sebotol ubat utk di puff di kedua2 lubang idung.

Sesi consultation pun tamat..kitorang keluar tunggu ubat pulak.
Tgh tunggu ubat..busu timah kol lak..nk terangkan pasal sms yg aku kirim kat dia hari tu, huhu.

Aku amek ubat utk Angah...pembantu klinik tu ckp ler kos rawatan tu..RM120, hehe.
Dh bg RM150...berbaki ler RM30.
Amek resit utk claim kat GSL.
Dalam kete, aku terus kol abg..kasitau awal2 nanti nk mintak claim kat GSL, hehe..
Serta cerita serba-sedikit mengenai rawatan yg angah terima tadi.
Mujur ler RM utk claim perubatan staff dan anak, isteri dh ditambah lagi sampai ujung bulan Ogos ni. Bkn pe, bajet perubatan utk abg dh dkt abes sbb along, angah dan akiss kena chicken pox awal tahun ari tu. Gi amek ubat kat Klinik Ananda..huhu..paham2 aje ler, kan..

Doktor tu bg ubat utk 3bln. Lepas tu, angah kena datang lagi utk susulan, hmm..

3 comments:

Suhana Shahril said...

alergik kot kak?Cam Adlin, dr baby sampai skrg,skali tkena selsema, berlarutan berbulan2. Amik ubat pun x nak baik.Sejak masuk umo 1 thn lebih, br nmpk kurang skit.

atty's said...

fir pun hidung nya sensitif..asyik terbersin..

[-suziey-] said...

so kesimpulannya ape sakit angah tu kak ? keturunan ke jenis hidung berair? kesiannya..

hmmm ananda tu agk mahal..tp doktor dia bgs gk..klu berceloteh panjang lebo..hehe:p