Sunday, May 29, 2011

Santan kelapa sawit..

Hari semalam dan hari ni mmg amat meletihkan.
Sabtu...3x kitorang ke Bagan Serai, aduhaii..REKOD!!! Tak penah lagi sebelum ni mcm tu. Tapi tak mengapalah. Itu yg dinamakan sebuah pengalaman. Pengalaman payau dan manis akhirnya.

Malam, kitorang menunaikan tanggungjawab sebuah lagi amanah. Kali ni majlis akad nikah dan dilakukan di rumah pengantin perempuan sj..bkn di masjid. Mencari lokasi rumah pun senang wlpn tak penah masuk lagi taman perumahan tu yg terletak di Simpang.

Lepas majlis..dlm kul 10.15....terus aje kitorang ke arah Padang Rengas utk mengambil mak dan abah yg menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat di rumah Paklong Tahir. Mak ngan abah gi sana ngan Lan anak Paklong kerana ada sesuatu kejadian mistik telah berlaku kat sana.

Sampai sana...mak ngan abah sdg makan ngan beberapa org sedara yg lain. Kitorang pun dijemput makan skali. Mula2 tak mau makan, dh kenyang ler konon2...tp tiba2 ternampak pulak ada lauk ikan patin, pergh!!! tak leh jadi ni. Aku pun tak penah lagi rasa ikan patin bebas dari sungai Perak ni, hehehe. Sama ke ngan patin dari sungai Pahang?? hehe..

Tgh2 bersembang tu...tiba2 terkeluar ler citer santan kelapa sawit. Aku pun...blur!! betul ke maklong sebut ni?? Santan kelapa sawit?? Aku pun bertanya kat maklong psl tu. Lepas tu, maklong pun soh ler cucu dia gi amekkan paket santan tu sbb aku nk tgk, hehe..

Rupa2nya...sedara mara yg lain kat meja tu pun mmg guna santan ni. Ish..camne aku leh tak tau ni??

Santan kelapa sawit ni...rendah lemak dan tiada kolestrol. Lepas tu, penggunaannya separuh dari pada santan biasa. Sgt menjimatkan...kata maklong. Lagi pulak..murah jgk sekilo. Rasanya tak sampai harga sekilo santan dari kelapa biasa.
Santan ni mmg maklong dh guna utk masak kat restoran anaknya si Wan tu..malah utk kenduri yg dorang langsungkan dari semalam dan hari ni...santan tu ler yg digunakan!!

Tp santan ni kalo nk masak ada caranya. Kalo idak, kuah tidak berapa cantik sekiranya masak seperti santan kelapa biasa tu.

Santan kelapa sawit ni diperolehi dari isi putih di dalam biji kelapa sawit tersebut. Minyak masak pula diperbuat dari sabut kelapa sawit.

Utk info lanjut psl santan kelapa sawit ni...leh ler ke website dia. Ada resepi jgk kat situ. Dorang gak dh mula buat kiosk utk cendol. Sape2 yg minat nk berniaga...leh ler gi like kat fesbuk dorang, huhu. Sbb kat situ byk info2 mengenai khalis santan ni.

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam alona...
akak pun dah pernah cuba santan kelapa sawit brand tu... sajalah nak mencuba.. almaklum anak peneroka la katakan.. hehe.. tpkan.. pd tekak akak.. tak berapa umphh ler santan tuh.. kurang rasa lemaknya.. entahlah ye.. baru sekali mencuba.. agaknya nak kena cuba 2, 3 kali baru dpt rasa kesedapannya.. harap2 dapat dikembangkan penggunaan santan sawit ni... kalau ramai org dpt terima santan sawit ni.. tentu harga sawit lg mahal nnt.. tp sebenarnya.. bukan sebab harga... tp sebab kebaikannya dari segi kesihatan... heeheheeh.... (cehhh.. nak suruh org guna.. diri sendiri pun kata tak ummph.. camner tu??)

ieda said...

waa ni baru nie kak .. saya pun x tahu .. ermm sedap ke masakan dari santan nie kak ??

Rinna said...

Pernah dengar pasal santan kelapa sawit tapi tak pernah tengok dan rasa lagik santan atau masakannya..

TokNabe said...

Belum terjumpa lagi santan sawit ni. Mungkin sebab tak pernah mencari kot.