Monday, June 6, 2011

Pergi tak kembali..

Mula je cuti aku ngan abg dh sebok cari pendapatan tambahan utk keluarga. Tambah2 lagi aku ngan family gi lak kembara ke Kelantan-Terengganu-Pahang 30/5 hingga 3/6 hari tu. Tp aku ada laa kol kak ina jiran sebelah umah mintak tolong tgk2kan umah sementelah kitorang takde tu walaupun aku tau kak ina pun sdg sebok buat persediaan majlis adik dia pd 4hb nanti di kampungnya di Selama.

Balik tu..sampai umah..sudah tentu lah kak ina takde...dia dan keluarga dh balik ke Selama utk meraikan majlis pernikahan adik pempuannya pd 3/6 (Jumaat) dan majlis persandingan keesokkan harinya.

Sabtu 4/6...aku ngan abang walaupun tak berapa sihat..kena jugak keluar melaksanakan tanggungjawab dan amanah pengantin utk merakamkan gambar2 dorang.
Jadi, aku pun tak dpt ler menghadiri majlis persandingan adik kak Ina di Selama tu disebabkan kekangan masa.

Malam pulak..Kamunting black-out. Mcm yg penah berlaku beberapa tahun sebelum ni. Mmg ada dgr kereta kak ina sampai di perkarangan umahnya. Disebabkan umah pun tgh bergelap, badan pun tgh letih...jadi aku fikir..esoknya baru lah gi jumpa dia utk serahkan sedikit buah tangan dari Pantai Timur.

Ahad siang..aku ngan abg gi bertugas di Kg. Boyan pulak.
Malam tu baru dpt jumpa kak Nor. Tu pun sbb Sela ada bawak kawan dia mai umah kak nor, hehe. Masa tu ler baru aku dpt berita dari kak nor (kak ipar aku) yg anak kak Ina yg bongsu dh meninggal dunia. Terkejut aku!! Tp kak nor pun dpt berita ni dari kak Ani (jiran kitorang gak tp di sebelah umah kak Nor).

Terus aje aku kol kak Ina utk mengsahihkan berita.
Sah..mmg sah..Asri anak bongsu kak ina telah meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di sungai berdekatan je ngan umah mak kak ina. Suara kak ina sebak tetapi tenang.

Kak ina citer..lepas Asar hari kenduri tu (4/6)...sepupu Asri ajak gi mandi sungai. Mmg kak ina benarkan laa, siap salam cium tangan kak ina dan cakap pergi dulu, ye mama. Hari tu mmg panas terik. Bila panas ni..aktiviti mandi sungai mmg best laa, kan.

Kak ina citer...air sungai tak banyak pun..bkn mcm kes air sungai tiba2 naik tu. Cuma...air sungai hari tu deras sehingga telah menghanyutkan asri (tp tak jauh laa)...Org2 tua yg ada kat situ pun tak dpt nak selamatkan dia.

Aku pun tumpang sedeh tumpang simpati. Berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul. Siapalah kita menidakkan takdir.

Inilah gambar arwah yg aku amek dari fesbuk kak ina. Arwah yg ketika hayatnya sedang belajar di dalam darjah 4, seorang budak bijak, antara pengawas di sekolahnya. Pernah lah jugak aku hantar arwah ke sekolah ngan sang kancil ketika hari ujan lebat..sebab aku pun nk hantar angah ke sekolah petang. OTW, aku singgah hantar arwah dan izzati (anak kak lah jiran aku jgk) ke SK Kamunting.

Inilah gambar kak ina sefamily ketika hari konvo anak sulungnya..(tp tak cukup korum..anak bujang dia lagi sorang takde dlm gambar). Maaf kak ina, amek gambo ni tak sempat nk mintak izin lagi.
Jenazah si kecil ini telah disemadikan di Perlis...kampung suami kak ina. Sbb, kak ina kata..suaminya dh nak pencen tak lama lagi dan bakal menetap di bumi Perlis pulak nanti. Senang ler mereka sekeluarga nk menjenguk pusara arwah.

Hmm..anak2 kak ina yg lain dh besar2 dan semuanya sedang belajar di IPT. Maka, tiadalah lagi peneman kak ina dan suami di hari2 biasa. Tiada lah lagi sesi menghantar anak bongsu nya ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tiadalah lagi kedengaran suaranya yg menceriakan hari2 kak ina di rumah..Tiadalah lagi kelibat arwah bermain & mengayuh basikal bersama cucu Pak Dollah di jalan rumah kami..

Semoga kak ina dan keluarga tabah menghadapi dugaan.

5 comments:

attyfir said...

salam alona..bila baca entry ni, terasa sedih sgt..simpati sgt ngn kak ina..

harap kak ina tabah.
al fatihah utk arwah.

Unknown said...

Salam..hari ni agak sng tuk blogwalking..terbaca tajuk entry..terpanggil ke sini..takziah pd ur friend kak ina..semoga dia tabah menghadapi dugaan ini..Alfatihah..

cikbedahlaser said...

semoga arwah tenang d sana...
smoga k.ina sekeluarga tabah...

Rinna said...

Ya Allah sedeynyaa baca entry ina nie.. Moga Kak Ina sekeluarga tabah..

Hunny Kitty said...

al-fatihah...
mak kata org yg meninggal ketika lemas di kira mati syahid jugak..
semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh...amin