Friday, June 24, 2011

Stamp issue 2011

Akhirnya, dpt gak aku senarai setem isu khas yg dikeluarkan oleh pos malaysia ni dari website dorang. Last aku check website dorang bln April hari tu mmg takde lagi dipamerkan senarai isu setem 2011 kat situ.
Isu ke 5 tu pun..mujur Suziey yg kasi senarainya (berserta ngan satu set setem isu yg ke 4/2011, hehe..timakasih byk2 Suziey). Takde ler aku kena singgah selalu kat pejabat pos Taiping tu sbb nk tgk poster mengenai setem baru apa yg bakal kuar dlm jangka masa terdekat.

Tapi lepas tu...dah 2x pulak jadual isu yg nk keluar (merujuk pd senarai tu) tak jadi keluar. Dan, aku dh tertinggal satu isu iaitu isu ke 6 mengenai Silver Handicraft yg takde pun dlm senarai lama, aduhai..
Mujur pulak, ada rezeki aku..aku pi terjah pejabat pos Kamunting...aku dapat isu stem mengenai Virtues Nilai2 Murni wlpn aku terlewat 3 hari kemudian dari tarikh dikeluarkan, hoho...
Cenggini; Sebenarnya, aku pi pejabat pos 16hb utk isu Kumbang Kura-kura (kononnya) tapi rupa2nya takde setem keluaran khas pun pd 16hb tu. Nasib baik ler stok setem keluaran khas 13hb isu nilai2 murni tu ada lagi kat pej. pos Kamunting, alahaiii!!!
Dlm senarai baru...isu kumbang kura2 tu takde pun tertera dlm senarai. Isu Virtues tu pun takde dlm senarai yg lama.

Aku harap..pihak fillatelli jgn ler selalu pinda2 keluaran stem khas ni. Susah tau bagi aku yg bukan melanggan terus ngan dorang ni, huhu. Tambah pulak..bila aku bandingkan senarai yg Suziey bg ngan senarai baru yg aku dpt dari laman web pos malaysia ni..sgt byk isu yg tak jadi nk dikeluarkan tahun ni...ataupun dlm KIV...dan tiba2 aje keluar ngan cetakan terhad. Aku dah penah terlepas satu isu ngan cetakan terhad 2 bln yg lepas, adeii..
Bila cetakan terhad...setem tu tak akan sampai dkt pejabat pos kecik mcm Kamunting tu. Cuma sampai kat Pej. Pos Taiping. Tp paham2 aje lah kat Taiping tu, kan...sedangkan bukan isu cetakan terhad pun...dh leh sold out kul 9 pagi, inikan pula....!!!!

Harapnya...fillatelli selalu ler apdet.

Baru2 ni...terharu betul aku ada member lama masa SMVTAA 91/92 tu yg baru je terjumpa balik kat fesbuk nk bagi aku 4 keping setem US. Padahal, aku takde uar2 pun kat dia yg aku ni pengumpul setem. Hmm...tu mesti dia tgk info profile kat fesbuk aku, hihi.
Alhamdulillah, minggu lepas dh selamat pun 4 keping setem tu tersusun dlm album setem aku. Timakasih daun keladi, sahabat...kalo ada lagi...leh bagi lagi..hihi..

3 comments:

Shiela Luddin said...

zaman sekolah dulu saya minat gak kumpul setem tapi kener rampas ngan cikgu displin sebab bawa pegi sekolah.jahat tau cikgu tuh terus saya down nak kumpul stem dahh..huhu..

org muo said...

hmmm peminat setem ye..mesti dah banyak koleksi ni...

kurus said...

ohh akak pengumpul tegar stem ya .. teringat saya zaman saya sek dulu .. saya kumpul stem hanggat2 taik ayam je .. ekeek last2 saya buang kak .. sib baik x banyak .. tapi mana yg luar negara tuu saya bagi kat kawan2 yg masa tu kumpul stem sesuatu yg sgt2 HOT ! :)