Monday, January 12, 2015

Pertama kali...

12.01.2015
ISNIN

Setelah tiap2 salinan dokumen2 dh disahkan oleh tok Penghulu, surat2 pemprosesan siap dibuat dengan upah RM50 (cara paling mudah...upah orang dari pening2 kan), ngan surat akuan yg disahkan oleh pesuruhjaya sumpah (bayaran RM4)...maka aku leh pi buat pendaftaran permohonan di pejabat agama & syariah dengan bayaran RM32. Tarikh 12/01 jam 9 pagi telah diberi utk aku hadirkan diri bertemu dengan tuan hakim kat situ.
**Mujur lah pulak akiss hari ni takde waktu2 tertentu perlu balik ke hostel. Maka, aku amek keputusan..aku setelkan dulu hal ni. Lepas Zuhur leh hantar akiss balik asrama.

Maka, pagi tadi aku pun pegi lah. Gi sorang aje. Pertama kali...
Aku sampai kul 8.45 pagi..
Masa tu dh ada yg datang dengan kes permohonan masing2 dan pelbagai.
Lepas aku dh daftar kat kaunter tentang kehadiran...dan dok kat tempat menunggu...ramai yg sampai kemudian2 tu.
Seat kat situ penuh jgk laa..yg datang ada berteman..
Sambil nunggu sengsorang tu..aku belek2 henpon aje. Kang tegur2 orang sebelah kang...risau lak kes dorang tu sensitif, kan. Tapi orang sebelah aku tu mula2 tegur aku. Bila dh mula bersembang tu...dia pun citer laa dia datang tu utk kes rujuk semula. Muda lagi...Dan banyak lagi laa dia citer. Dia kata dia bagi peluang kedua kat bekas suami dia...sbb suami dia mmg bkn kaki pempuan...cuma baran aje.
Ok...itu lah seorang wanita, kan. Aku pun tak mau komen lebih2 laa pasal ni sbb aku pun seorang perempuan...aku pun ada rumahtangga...ada anak2 yg membesar..

Dan yg paling terkejut...ada sepasang bekas client kitorang (pengantin tahun lepas) jgk kat situ...ditemani oleh ibubapa masing2. Hati takmo laa bersangka tak baik. Sebab gi mahkamah syariah ni bkn hanya kawen cerai aje, kan. Aku pun takde ler gi jumpa dorang dulu. Aku nak bagi setel dulu hal urusan aku ni.
Oo...bukan bersidang kat bilik depan tu, ye. Kena berdepan satu kes demi satu kes kat pejabat tuan hakim sendiri. Elok laa jgk...takde ler orang lain dengar apa masalah masing2 kan.
Lambat jgk giliran aku. Aku pun tak tau giliran ni kira mcm mana. Sebab ada yg dtg lambat dari aku pun dh dipanggil dulu. Dan ada yg datang awal dari aku tak dipanggil lagi. Nama aku yg dipanggil dulu. Mgkn ikut pendaftaran minggu lepas sape yg daftar dulu, kot..
Rasa nak buang air kecik dh pagi2 gitu..tapi risau lak. Kang gi tandas kang..tetiba nama aku kena panggil. Tahan jer laa, hahaha.
Aku rasa...giliran aku mgkn yg ke - 7 gitu kot...dipanggil masuk jumpa tuan hakim. Dan jawab jer laa apa yg ditanya, hihi. Gementar jgk ler, kan walaupun takde kes berat mana pun permohonan aku ni. Tapi aku perlu lalui jgk sbb aku sendiri yg pilih menyelesaikannya melalui mahkamah syariah, kan.

Alhamdulillah, dh selesai dalam kul 11 lebih camtu.
Pembantu tuan hakim soh aku datang minggu depan utk amek kad. Kad apa pun aku tak pasti dah sebab kepala dah ingat nak gi tandas dah, hehe. Takpe, tarikh yg diberitahu tu nanti aku gi...aku akan tau ler kad apa..

Masa nak ke tandas tu yg bekas client pempuan tu salam ngan aku...tanya naper aku datang sini? Dia pun blur nampak aku kat situ, huhu. Aku ok...citer aje serba sedikit. Tp bila aku tanya dia lak. Dia kata takde apa..sambil senyum2.
Ok, takpe laa..orang takmo citer...aku tak paksa pun. Tak kisah laa. Itu hak dia.
Aku pun keluar gi arah tandas. Masa tu ler...aku terjumpa bekas client yg lelaki tu lak. Dia yg tegur aku dulu. Mesra jer...Masa tu dia tanya aku dulu...kenapa aku datang mahkamah, hehe. Aku jawab elok2 ler. Sebab aku ni bukan kes berat pun. Pastu apalagi, giliran aku ler aku tanya lak..naper dorang datang situ?
Ok...mmg hal rumahtangga dorang berdua laa. Tapi tak berat jgk laa. Masih boleh diperbaiki. InsyaAllah, boleh tu. Dua-dua pun bagus orangnya...baik orangnya pun. Jumpa kat mana2 mesti tegur kitorang, :) . Keluarganya jgk baik2 orangnya.
Adatlah rumahtangga ni....ibarat kalo lidah tergigit sket tahan jer laa rasa sakit tu. Kalo rasa masih sakit dan merebak...gi laa jumpa doktor utk mintak ubat agar sembuh semula.. Aku doakan yg baik2 utk mereka.

Aku pun suspens ni apa yg perlu dibuat lagi sampai permohonan aku ni berjaya.
InsyaAllah, dh selesai nanti...aku buat entry khas. Utk mereka2 yg tak tau bagaimana cara2nya jika melalui perkara sebegini. Dengan harapan...sedikit sebanyak leh jadi panduan bagi memudahkan urusan.

Nota ALONA:-
~Pertama kali itu adalah pengalaman, Alhamdulillah.

1 comment:

nad said...

curious plak tetibe..