Tuesday, June 30, 2015

Berbuka puasa di Parit Buntar...

29.06.2015
AHAD

Hari tu...kitorang ke Parit Buntar. Bawak orang nak shopping baju raya kat sana, huhu.
Kebetulan...mmg nak hantar akiss balik asrama hari tu. Tapi pelajar dibolehkan balik sebelum kul 8.30 malam iaitu selepas berbuka puasa. 
Kak nor ngan yui naik ngan kitorang.

Sampai sana...terus ke kedai Bawal panas utk oder dan booking meja hidangan berbuka..Dah selesai oder kitorang pergi semula ke bandar Parit Buntar. Meneman orang nak shopping baju raya. Dah tunjuk kedai...kitorang anak beranak gi kedai lain dulu. Ada nak tengok barang2 lain kat situ. Baju raya kitorang (baju kurung dan baju melayu) dah ok dah.

Kat perkarangan berhampiran stesen bas tu...seperti tahun lepas...ada laa bazaar raya jugak. Kitorang meronda jugak laa kat situ. Saja jer tengok2.
Lepak2 kat sini...depan butik Gene Martino. Relaks jap...
Selpi ngan akiss masam..
Ni tengah tunggu kak nor ngan Yui yg gi kuar duit kat atm, hehe..
Dorang dh dapat apa yg dicari...terus laa kitorang ke Mydin semula. Gi situ sejuk2kan badan ngan ekon, hehe. Kul 7 lebih kitorang pun melintas laa jalan gi kedai set Bawal Panas tu. Meja mmg dh penoh laa orang booking.
Ni set puyuh..
Bawal goreng krup..krup..
Bergambar beramai2 dulu sebelum berbuka puasa..Ni dari kamera hp aku.
Dari kamera hp Sela..
Sian kak nor...2 gambar tadi tak nampak muka dia, hehe. Jadi yg ni kena bangun...leh nampak semua.
Lepas berbuka...hantar Akiss balik hostel. Pelajar kena masuk hostel sebelum kul 8.30 malam. Mmg panjang ler berderet2 kete ibubapa kat luar pagar tu nak menghantar anak masing2, huhu.

Yg lain tak ikut laa...dorang terus masuk ke Mydin jer. Nanti lepas hantar akiss kitorang ke Mydin jugak. Ada barang nak dibeli.
Dah nak bayar...Anas datang tanya abang pasal frame gambar tu...hehe.
Sempat jugak ler minum2 kat kedai mamak di food court mydin tu. Sambil oder nan cheese...

Nota ALONA:-
~Kurang produktif tul laa....ngantuk aje, mm...

No comments: