JUMAAT
Aku kuar gi beli tiket wayang ni lepas orang solat Jumaat. Nak beli online...semua takmo nak daftar ahli kat website MBO, hahaha. Jadi, mmg kena gi beli kat kaunter laa. Kena beli awal sbb filem Jurassic World baru jer main kat panggung. Tak leh terus walk-in. Mesti full house..
Tu pun...walaupun aku beli waktu siang...tapi seat utk panggung semua dah tinggal bawah2 aje. Mujur ler datang awal sket...masih dapat seat di line kurang 3 dan 4 dari bawah. Seat atas2 semua dh dibooking. Seat tepi2 tangga semua dh dibooking. Dapat ler seat tepi2 dinding. Ok laa, kan. Panggung skang dibuat lebih selesa...
9 orang kesemuanya.. |
Sempat bergambar lagi tu, kihkih.. |
Bergambar ngan poster dan tiket itu mesti, wink wink.. |
Redeem popcorn yg kitorang dh beli sekali tiket siang tadi... |
Jalan citer permulaan tu macam perlahan sket ler. Tapi lepas2 tu ok dah laa. Best. Kiranya cipta rekod ler kitorang 5 beranak kali ni...tengok wayang 3 filem dalam masa tak sampai 2 minggu. Dan 4 filem tak sampai sebulan setengah, huhu.. Sebab kitorang bukan kaki wayang. Sebelum2 ni...tengok jugak wayang...tapi berjarak bulan jugak. Mungkin sebab masa ni tayangan citer2 menarik tu dekat2 jer. Lepas ni ada Terminator pulak...nasib dalam bulan Ramadhan. Takde ler rasa nak pi layan panggung...
Nota ALONA:-
~Tengok raptor pun tingat kat kucing kat umah, hahahhahaha...
1 comment:
akak pernah dpt kerusi bawah...x selesa sgt huhu
Post a Comment