Thursday, June 11, 2015

Majlis angah 18

11.06.2015
KHAMIS

Plan tetiba...sehari sebelum, hehe. Aku ternampak set periuk steamboat kat tepi dapur. Terpikir...bila laa nak guna lagi mende ni. Tetiba...tingat esok besday angah...leh laa guna. Pastu, terpikir lak...kalo buat makan ramai2 kat umah mak pun best jugak. Seronok makan beramai2 ni.

Maka...malam 10hb tu aku dh gi kedai frozen utk beli barang2 steamboat yg frozen. Pagi 11hb baru ke pasar cari bahan2 mentah fresh..
Petang tu dh mula sebok potong2 dan siang2 bahan2 yg nak di'steamboat'kan.. Masak nasik siap2...yui nak tolong gorengkan nasik utk malam tu, yihahh..hehe..
Nasik goreng yui, bihun utk makan ngan steamboat, potongan kek marble blueberri, buah melaka tepung pulut hitam, kuih apam nasik yg dibuat oleh kak nor....
Kek marble blueberri tu beli aje kat bakery orang melayu...tak sempat nak buat dh. Buah melaka tepung pulut hitam tu lak aku adunkan...akiss yg tolong gentelkan dan masakkan, golekkan kat kelapa parut..

Lepas Maghrib...terus gi umah mak. Buat persediaan. Sebab semua barang aku bawak dari umah. Takde guna perkakas mak pun kecuali air filter utk buat air oren (pati jus dan ais batu pun aku bawak dari umah) dan mak lak buatkan air panas, hehe.

Makanan sempoi2 aje. Ada yui beli jajan. Sela tambah pulak lagi kacang kuda.
Ngan bahan2 steamboat mcm2. Makan mmg kenyang sangat ler.
abg tengah nak grilled hirisan ayam dan daging..
Along jaga bahan2 dalam kuah tomyam. Aku wat kuah tomyam aje. Dah periuk itu jer ada satu, kan..huhu.
Sambil2 makan..anas pulak jaga 'dapur'..
Dah abes makan2...ada lak sesi tutorial pakai shawl oleh Yui. Ain jadi model, hehe.
Barang2 pun dh sumbat kat dalam kete..Meja mak pun dh berkemas. Tamat laa majlis..
Alhamdulillah...semoga terus mengeratkan sillaturrahim.

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran utk Angah yg ke-18. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran angah dan semua anak2 ibu dan insan2 yg ibu sayangi.

Nota ALONA:-
~Syukur..

3 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis,
bestnya dok steamboat
iols dah lama teringin set steamboat itu he3

ayu Ismail said...

happy birthday utk angah

ayu Ismail said...

happy birthday utk angah