Tuesday, June 2, 2015

Tengok wayang - 1

01.06.2015
ISNIN

Hari tu along balik umah dari Gombak tumpang atuknya. Kebetulan atuknya nak ke Kulim hari tu. Aku pun tak jumpa ayah hari tu sebab ada job kat Pantai Besar, Batu Kurau...dan lepas tu terus ke Transkrian amek akiss yg jugak balik lambat walaupun cuti sekolah dah bermula 30 Mei hari tu sbb ada kem kecemerlangan utk peperiksaannya nanti. Akiss abes kem kul 12.30 tengahari tetapi kitorang tak dapat nak gi amek awal sebab kerja. Kat kampung ni...kalo cuti sekolah dorang tak kisah pun nak buat kenduri kawen hari apa. Tetamu tetap ramaiiiii.

Jadinya, petang tu...riuh-rendah ler umah ni. Malam tu abang ajak gi tengok wayang. Citer San Andreas. Saja ler nak release stress keje, kan.
Seperti biasa...mesti bergambar ngan poster, hehe.
Citernya ok laa. Dari mula citer dh keluar adegan mendebarkan, kihkih.
Tak ngantuk laa tengok walaupun kita tau semua tu hanya lakonan, kan. Tapi tetap ada pengajarannya, ye. Ada mesej yg nak disampaikan pada manusia di dunia ni...

Sempat lagi beli novel ni kat pesta buku di Taiping Sentral. Potongan RM3 setiap naskhah...kira ok laa kan. Lebih sket dari 10%, hehe..
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
novel ni untuk sis ka untuk akiss??? he3