Monday, June 22, 2015

Daftar Angah...

21.06.2015
AHAD

Dari umah ayah...kitorang terus ke UNIKL BMI utk daftar angah sebagai siswa baru. Alhamdulillah, jalan sangat lancar.

Sampai kat sana...mmg dah ramai laa.
Cuma kali ni...dh lain lak tempat pendaftaran pelajarnya. Dorang buat kat dewan besar.
Taklimat utk ibubapa pulak dibuat 2 sesi. Kitorang amek sesi ke-2...buat kat tempat lain.
Ada khemah menunggu kat luar. Pelajar saja dibenarkan masuk kat dalam dewan utk pendaftaran. Ialah, kan..dorang dh besar...buat ler sendiri, huhu.
Kitorang tunggu angah selesai dulu.
Dok lepak kat luar dewan tu..
Masih ada yg baru sampai..
Suasana lain di luar dewan..
Bila angah dh selesai...aku ngan abang pun masuk ke dewan kuliah yg disediakan utk taklimat ibubapa ni. Merasa ler aku dok kat dalam ni, ye...Ye lah, aku ni mana berpeluang masuk belajar universiti. Harap anak2 laa yg teruskan kecemerlangan dalam akademik ni..
Dengar taklimat..
Masa along dulu...taklimat ni dibuat kat dewan besar tu. Rasanya lebih bagus wat camtu. Semua tenaga pengajar dan canselor pun ada. Kali ni tak best laa.. Ada ke hantar sorang jer wakil. Pastu, tak reti nak bersoal jawab, nak menerangkan pun...adoii laa.. Bahaya tau BMI hantar wakil gini bercakap pada ibubapa yg menghantar anak mendaftar. Jawapan dan penerangannya boleh merisaukan ibubapa. Jawapan yg diberi pada ibubapa yg memberi soalan pun...adoii laaa....sangat tak berpuashati. Terutama bila ada bapa ni memberi soalan yg seolah2 anak dia baru masuk asrama masa tingkatan 1, huhu.
Aku ngan abang ni...nasib ler along pun belajar kat sini. Kalo idak...aku pun gerun dengar penerangan wakil ni memberi penerangan tentang jurusan yg disediakan kat situ.
Diharapkan...akan datang di hari pendaftaran pelajar baru ni...BMI buat laa macam sesi kemasukan Januari 2014 tu. Buat kat dewan besar...tenaga pengajar dan beberapa staff penting turut berada di dewan utk sesi soal jawab ngan ibubapa yg sudah tentu menghantar anak2 mereka belajar kat situ dengan sebesar2 harapan.
Bagi aku...yg anak dh ada belajar kat situ...tak masuk situ pun takpe hari tu, huhu. Ingatkan ada laa maklumat lain yg aku tak tau akan diberitahu..mm..

Angah yg penoh semangat..
Abah ngan anak2 bujangnya..
Angah masuk sini...along pulak sedang bercuti SEM selama 3 bulan.
Awal bulan September nanti baru masuk semula utk SEM 4. Angah baru nak masuk SEM 1. Maknanya angah dh rugi dua SEM bila SPC Mara dimansuhkan mulai tahun 2015 ni.

Bergambar kat banner ni sementara tunggu abahnya amek kete utk bawak barang ke hostel.
Jem kete nak ke hostel.
Mujur ler nampak peluang utk parking kat ngan umah warden. Kitorang parking kat situ aje.
Bilik angah kat tingkat 3....kurang setingkat dari along masa daftar tahun lepas.
Along skang dah dok sewa bilik kat luar sejak sem-2..

Angah tengah kemas2 barang dia..
Bergambar ngan angah kat sini...
Along & Angah.
Walaupun angah dh penah dok asrama 2 tahun....tapi pesanan itu ini gitu gini itu biasalah kan, tetap kena bagi, hehe.
Kitorang pun meninggalkan angah kat situ dengan dunia barunya. Semoga angah berjaya...semoga along pun berjaya. Semoga Akiss pun berjaya...Semoga anak2 ibu berjaya di dunia dan akhirat, amin.

Kul 2 petang dorang ada program kat dewan. Jadi, kitorang tinggalkan angah awal sket utk dia dapat berehat sebelum aktiviti di minggu induksi selama 5 hari.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

No comments: