RABU
Pagi tu keluar. Banyak urusan nak diselesaikan.
Mula2 gi isi petrol dulu kat Shell berhampiran Giant. Kemudian terus ke JPJ. Along nak renew lesen memandu D & B2 dia. Nak tukar dari lesen P ke lesen penoh. Tak susah pun. Amek nombor macam biasa. Serahkan lesen lama kat kaunter dan segalanya di situ. Kebetulan gi JPJ hari tu orang tak ramai. Kejap aje laa urusannya.
Kemudian...gi CIMB. Parking kat area situ mmg laa susah nak dapat. Along kena pusing banyak kali baru dapat, huh. Tul laa.... Ni nanti dalam bulan Ramadhan nanti ada bazaar raya...kat situ jugak ler dorang nak buat tapak, kan. Untung sewa tapak perbandaran dh kutip...bila orang parking merata2 bukan tempat yg sepatutnya...cepat jer nak saman. Sedangkan takde dibuat bazaar raya kat situ punnnnnnnnnn dah susah nak dapat tempat parking. Inikan ada bazaar raya, mmmmmmm. Tu aku tak suka gi area situ ngan kereta bila ada bazaar raya tu. Gi naik motor aje....senang, huhu.
Dah dapat parking...menapak ler kitorang ke CIMB. Orang nampak tak ramai tapi kena tunggu dekat 10 minit jugak ler.
Kat sini pulak nak uruskan pembayaran untuk angah melanjutkan pelajarannya tak lama lagi. Kena bayar RM981...dan slipnya diserahkan pada hari pendaftaran nanti.
Dah selesai kat situ...kitorang menapak ke kedai buku Popular. Ada jer budak Akiss ni nak beli barang, huhu. Tapi along pun ada membeli jugak. Guna baucar buku 1 Malaysia tu....belanja jugak utk adik dia. Jimat ibu ni RM20, hikhik...Tima kasih along.
Tapi ada pulak lagi yg budak masam ni tak jumpa kat Popular. Kena lak gi singgah Dinamik. Aku tak turun dah ler. Tak larat dh tengok duit mengalir keluar hari ni, huhu. Bagi jer duit kat akiss. Along ngan angah mengiring sama. Ada tukang penasihat...hahahaha..Mujur ler ada mendenya. Takyah dah nak cari merata.
Dari situ...terus jer ke kedai hardware kat area Kamunting tu. Nak beli cat. Along ngan angah dh bersetuju nak tolong cat dalam umah ni mana yg termampu dek dorang, hehe. Umah ni dh berapa tahun tak bercat. Rasanya dari dorang semua sekolah rendah lagi, hahaha.. Punya laa lama, kan. Dah comot sana sini dah. Nak upah orang kurang mampu. Nak cat sendiri takde masa. Ni kebetulan along pun tengah cuti sem, angah pulak tengah tunggu hari nak daftar U...akiss pun tengah cuti sekolah...tu yg leh mintak tolong dorang.
Ok...jom kita pilih cat. Cat murah2 aje......dalam umah takyah guna cat mahal2, hihi.. |
Ok...dah jumpa. Along dh stanby nak bagitau tokey... |
Sempat dua beradik ni selfie masa ibu dia tengah pilih cat, huhu.. |
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...
1 comment:
Assalam sis,
waaaaaaaaa
best3
iols dedolu pun tukang cat rumah sendiri tau3
memang iols dengan abah yang slalu kena cat rumah he3
Post a Comment