Tuesday, November 17, 2015

Edu-loan..oh edu-loan..

Angah yg dh masuk UNIKL sejak intake Jun 2015, kemudian dah bermula sem 1 bermula September 2015 tapi sehingga skang masih  belum keluar lagi permohonan eduloan MARA. Dah berkali2 kol pihak universiti tapi dorang sendiri pun tak tau bila MARA akan membuka permohonan.

Akhirnya...abang hantar emel kat pengarah yg berkaitan. Dan...Alhamdulillah, beliau sudi membalasnya. Terima kasih diucapkan. Di bawah inilah balasan emel itu.
Diharap sangat...akan berlaku seperti apa yg diberitahu dalam jawapan balasan emel ini..
Sebagai ibu kepada pelajar UNIKL yg sememangnya di bawah MARA...mmg sangat mengharapkan bantuan dari MARA ini kerana kami bukan lah keluarga yg berkemampuan utk menanggung segala kos penuh pembelajaran angah di sini. UNIKL adalah IPTS, ye. Angah memilih UNIKL pun kerana dijanjikan eduloan ni lah selain sistem pembelajaran di sana lebih efisyen walaupun waktu yg sama angah mendapat tawaran meneruskan pengajian di UTeM.

Sebenarnya...ramai pun yg tak sangka kenapa tahun ni ia terjadi begini. Sebab sebelum2 ni masalah begini tidak wujud pun. Along pun belajar di universiti yg sama dan tiada masalah pun masa permohonan eduloan tahun lepas. Sehingga skang masih menerima elaun sara diri setiap bulan dari MARA tanpa putus2.

Diharapkan pihak MARA lebih prihatin kepada pelajar yg datang dari golongan keluarga yg berpendapatan rendah ini. Terima kasih...dari kami.


Nota ALONA:-
~Kesian angah....

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga dipermudahkan urusan angah tu Alona..
Skrg zaman semakin gawat..
Takut MARA pun mengalami masalah yg sama..