Thursday, October 21, 2010

Keindahan Taman Tasik Kamunting

Taman Tasik Kamunting (Fasa 1)
Ini adalah satu lokasi terbaru utk penduduk Kamunting beriadah dan berekreasi. Baru saja dibuka utk orang ramai.
Seperti biasa..jika ada mende baru...mestilah mendapat perhatian dari orang ramai.
Sesak..mmg sesak ngan manusia yg mmg suka beriadah atau tiba2 saja rasa nak beriadah bila ada mende baru, hehe..
Yang paling utama..ini adalah lokasi terbaru utk aku jogging di waktu pagi (lepas babai abg gi keje, hehe) dgn ditemani Angah sebab ia dekat je ngan umah jika nak dibandingkan ngan Bukit Larut tu, ngee.

Al-kisah;
Dari kedai hardware..kitorang terus ke Taman Tasik Kamunting. Org mmg ramai. Parking pun susah sket ler nak dpt. Bila ramai cenggini..maka ada ler penjual air, penjual eskrem kat luar pintu masuk taman tasik tu, hehe.
Kalo nak gi utk relaks2..elok ler gi waktu pagi. Org tak ramai masa tu.

Aikkk..camno leh ada kak idah dan anak2nya ni?? huhu..Sela pun jeles tgk kak idah pun ada dlm ini filim...kehkeh...
Al-kisah (toiyibb), abg mmg dh janji ngan mak utk gi beli cat kul 5 petang tu. Kitorang pun kuar ler ngan Alza sbb nak bagi sang kancil berehat setelah 5 hari seminggu gi hantar-amek Angah & Akiss gi sekolah.
Masa kitorang sampai kat umah mak seperti yg dijanjikan..nampak ler kelibat kak idah dan anak2nya pun ada kat situ.
Bila kak idah ngan anak2 pun masuk Alza...abg pun tanya, "kak idah nk balik umah ke ni??".
"Hang jangan laa zalim Padeyy..aku ni penat jalan kaki pun tak abes lagi", jawab kak idah..huhu.
"Mana laa Padeyy nak tau. Ingatkan nak soh hantaq balik", kata abg sambil gelak2.
"Dh hang bawak keta besaq...aku nak ikut laa hangpa gi jalan". Ngeh2...

Taman rekreasi ni berpagar. Mgkn tak bagi lembu-kerbau-kambing masuk sini musnahkan tanaman kat sini.

Mmg cantik kawasan ni utk outdoor ngan pengantin. Petang tu pun..ramai betul bwk dslr utk snap2. Ada tu..siap bawak beg besar ngan dua kamera lengkap speedlight sekali, hehe.

Menopang dagu sambil memandang tasek yg penoh ngan teratai layu (kering sekali) di tasik madu..kahhh..melayan perasaan.

Ni lah tasek yg dipenuhi ngan pokok teratai kering. Selepas ni, naik ler balik pokok teratai yg subur, hehe.

Alhamdulillah, kitorang ada model tetap. Cuma yg sorang tu..ikut mood dia ler, ngee..

Macam2 cara utk beriadah kat sini termasuklah memancing. Sebenarnya, sebelum dijadikan Taman Tasik Kamunting ni..mmg sini salah satu lokasi lombong utk memancing pun.
Mgkn, kawasan sebelah sini akan dijadikan Fasa 2 nanti.

Ada jugak yg subur..tetapi aku ni konpius gak..
mana pokok teratai..
mana pokok telipok??..

Sebelum balik...sempat ler bergambar kat atas rumput karpet ni.

Ayah ada kol aku masa aku kat situ. OTW nak balik ke Bentong dari Perlis.
Katanya, dh sampai Juru. Nak singgah kat R&R Semanggol utk solat Maghrib dan mamam.
Kalo takde apa hal...mmg aku nak g jumpa ayah lg kat R&R tu ikut jalan belakang tp tgk2 jam..mcm tak sempat laa. Kiranya, mmg takde rezeki laa nak jumpa ayah kat R&R tu.
Sbb, kat umah mak abg nanti nak alih2 perabot kat bilik depan utk sesi mengecat keesokan harinya.

AHAD
Pg ni, ada sesi mengecat bilik depan (kat umah mak abg) oleh abg dgn dibantu oleh pembantunya yg setia ini...sape lagi..aku laa, hahahaha..
Aku mmg suka keje2 cenggini. Secara tak sedar..ia adalah exercise, boleh mengeluarkan peluh dan membakar kalori, hahaha.

Mula2 cat siling. Mmg mencabar sbb terpaksa mendongakkk. Dah abes cat siling...baru ler cat dinding. Tp tak dpt nak buat habes..rupa2nya satu tong cat tu tak cukup daa. Abes betul-betul abes.

Memandangkan hari pun dh larut petang (ada ke larut petang?? hehe..)..keputusan sebulat suara utk menyambung keje2 tersebut pd hari Sabtu ni, InsyaAllah. Kena beli lagi cat yg sama.

Aktiviti mengecat hari ni...mmg best betul, hehe. Hidangan air berapa kali?? Siap makan tengahari sekali...sesi minum petang pun ada, ngee. Walaupun semuanya simple2 aje tp mmg syok wo..
Aku dh cakap kat mak...takyah laa susah2. Tp mak nak buat gak..ngee.
Timakasih mak, buat susah2 je, ngee..

Kredit utk suamiku...gambar ni semua adalah hasil tembakan dan editing darinya, hehe. Watermark abg pun ada kat gambar tu. Tapi, aku nak tempek jugak watermark aku, haha.

6 comments:

Suziey Ahmad said...

kak alona....kt mane ni? dekat ngn tasik taiping tu ke? hehe..siyes xtau ni..bole la terjah sana balik raya haji nnti..eheh

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

nk kena terjah ni.....lawa la tmpt dier..kt mn ni kak? tasek belah mn?

gmbr2 tu edit cantekkk la kak...

myaishahhafiz said...

suka tgk gambar2 yg akak ambik, cantik2 semuanya

mamawana said...

Salam

Amboiii...canteknya gambaq..Bila la cheq nak sampai sini.

wantie said...

cantik plak nengok. kalau sesapa yg rajin dok outdoor tu leh ler.

mesti gempaksssss

Unknown said...

teruja.. kena singgah tu.. hrp2 ade le peluang nak ke sana..