Guru hilang ketika daki bukit ditemui mati tertiarap dalam lopak berair
Isteri arwah (berseluar pjg) tenang menunggu berita dari pasukan penyelamat yg ketika itu masih bertungkus lumus mencari suaminya yg dilaporkan hilang pd pg hari Ahad 24hb.
Perhatian: Gambar di atas bkn dari suratkhabar ye..ni dari hp cik abg aku..psl tempat kejadian ni dekat bebenar ngan tempat keje dia kat Taiping Headwork tu. Mayat pun dijumpai kat waterfall berdekatan. Berita lambat masuk sini psl wartawan sebok, ngee..
Dipetik dari keratan Berita Harian ONLINE..
TAIPING: Hancur luluh hati isteri guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, sebaik melihat jip polis membawa mayat suaminya yang dibaluti plastik hitam tiba di kaki Bukit Larut, di sini, semalam.
Abdullah Zubair dilaporkan hilang selepas mendaki bukit itu kelmarin, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan cerun bersebelahan Air Terjun Bukit Larut, lima kilometer dari kaki bukit itu pada jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mayat mangsa berpakaian baju sukan dan berseluar trek manakala kasut kaki kanannya tertanggal, ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan lopak berair.
“Ketika ditemui, ada kesan darah di kepala dan luka di kening kanan mangsa. Kesan tergelincir sepanjang tiga meter turut ditemui di lokasi berkenaan, dipercayai akibat terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Norziah yang ditemui berkata, dia melarang suaminya mendaki bukit berkenaan ketika arwah menghubunginya malam Sabtu lalu dan arwah sekali lagi menghubunginya jam 8.30 pagi keesokannya tetapi sekadar memaklumkan mahu keluar minum.
“Ketika menghubungi saya, arwah gembira kerana mendapat geran kereta yang baru dibelinya,” katanya sambil memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Jitra, Kedah.
Seorang guru sekolah sama, Mohd Noor Hisham Baharom berkata, arwah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan Enam Atas adalah seorang guru berdedikasi.
“Arwah mempunyai facebook menggunakan nama Ali Bana. Sebelum keluar rumah pada pagi Ahad, beliau sempat menulis di dalam facebooknya beliau mempunyai firasat akan berlaku perkara buruk pada hari itu,” katanya.
Guru warden sekolah berkenaan yang juga rakan baik mangsa, Ahmad Din Ahmad Zuki berkata, Abdullah Zubair gemar mendaki bukit dan melakukan kegiatan lasak sudah tiga atau empat kali mendaki bukit itu dan lazimnya tidak melalui jalan tar, sebaliknya trek hutan sesuai dengan minatnya.
Innalillah..semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.
Nota;
-Arwah adalah salah sorang cikgu di SMK King Edward tp beliau mengajar sesi pagi.
-Arwah sempat menghantar satu status Gua ada firasat yg xbagus di dinding fesbuk beliau melalui hp pd pg yg sama.
-SMK KE mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin di sekolah semalam bersama pelajar2 beragama Islam..(smlm masa aku tgh turunkan angah kat dpn pintu pagar skolah..aku terdengar pengumuman psl ni, tu yg aku tau tu. Hari ni tak tau laa pulak.)
3 comments:
Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga Arwah.. kesian isteri tengah mengandung plak tuh..
innalillah...semoga rohnya dicucuri rahmat
innalillah .. sedih bila baca .. sedih sbb mengenangkan isteri arwah yg mengandung 6 bulan .. uhuhu
kuatkan hatinya ..
semoga arwah tenang disana .. aminn
Post a Comment