Thursday, November 13, 2014

Aktiviti tak terhenti..

Semua orang ada aktiviti sendiri, kan.
Camtu jgk ler kitorang ni. Tambah2 somi aku ni. Pantang ujung minggu ni lapang sket...mula ler dia nampak gym...nampak bukit larut, huhu..


Camtu jgk ngan meow kitorang ni...
Aktiviti nakalnya....mm..
Bila bawak masuk dlm umah, gini laa si Ommey ni bila dia boring takde yg nak layan...
Siap posing lak si Ommey ni..
Hari Ahad 9/11 petang tu aku gi berurut kali ke-2 dah.
Saja laa nak servis badan ni. Umo dh 39 kan...banyak dh urat2 bersimpul, angin2 kotor tersekat kat urat2 ni nak dibuang dari dlm badan. Mmg terasa lega masa lepas urut kali pertama tu. Tu yg leh gi lagi sekali. Kali ke-3 tengok laa...kot bulan satu tahun dpn laa kot kalo nak gi pulak.

Balik tu singgah dulu makan kat Junjung..sedap jgk.
Nama kedai Satay House tapi ada jgk jual menu masakan panas lain.
Nasik paprik nya..mmg sedap. Serba cukup ngan lauk dan sayur kat dlmnya..
Abang oder nasik daging merah. Pun lengkap ngan piramid diet nya, hihi.

Oder satay kambing...tp tak leh lawan lagi laa sate kambing kat Cameron Highlands, kan abang?? hihi..
Skang ni sebenarnya patut sebok ngan keje2 dpn komputer tp tak berapa nak berjalan ngan lancar laa, huhu. Mood...tengah cari mood. Semoga dipermudahkan segala urusan, amin.

Tapi Alhamdulillah laa, satu dh hantar print. Harap leh siap dlm minggu ni atau sebelum ujung bulan ni.

Nota ALONA:-
~Aktiviti biasa...tp tak dpt jgk nak buat entry gi Krabi tahun lepas, ish..ish..

No comments: