Saturday, November 8, 2014

Outing last bersama Angah sebelum tamat F5

01.11.2014
SABTU

Hari tu...besday aku yg ke 39 :) . Sebenarnya mcm plan nak ajak abang gi jenjalan kat tempat lain, hahaha. Tetapi tak jadi sbb sebagai ibu...kita kena pentingkan anak2, ye. Tu...angah tu...dia nak mula SPM pd 3/11. Kitorang sebagai ibubapa kena bagi semangat melalui sentuhan listrik. Tu pun sbb tempat dia belajar dekat. Kalo jauh sangat tak terdaya jgk, ye. Tp sebab dekat tu laa perlu bersemuka dgn dia bg dia rasa yg ibu dan abahnya sentiasa cuba memberikan yg terbaik utk dia.

Dh amek angah di asramanya...kitorang terus ke Restoran Tasik Raban yg berada di jalan utama K.Kangsar ke Lenggong tu. Mmg dekat jer ngan maktab angah belajar. Lepas2 ni tak tau laa bila pulak kitorang akan menikmati hidangan tengahari di sini. Mgkn masa amek result nanti ler, kot..InsyaAllah.
**Tetiba teringatkan Restoran Ikan Bakar Adnani masa along belajar kat Pengkalan Hulu dulu. Lauk pauk kat sana pun sedap2...
Mmg berderet2 pelbagai lauk-pauk sedap2, ulam-ulaman, sambal beraneka sambal, ikan bakar fresh dari Tasek Raban, air asam...pergh!!! Mmg terbaik. Ayah pun penah gi makan kat sini...ayah kata, "mmg meraban nak pilih lauk, hehe"...Mana tak nya...semua lauk pauk tu rasa nak amek, huhu.
Aku amek ni aje...tahan nafsu. Lemak rebung, kerabu togey ngan pucuk salom, hati lembu, ikan kering..
Ni laa restorannya...mmg maju jaya.
Dah kenyang...kitorang ke pekan Lenggong dulu. Cari kedai gunting rambut. Nak gunting rambut angah ni. Kedai tu dekat jer ngan Caltex di Pekan Lenggong, berhadapan ngan Giat Mara.
Gambar diambil di tepi kedai, hehe..
Ni kedainya...sebelah kedai repair motosikal.
Angah dalam proses pengguntingan rambut, hehe.
Murah jer gunting rambut kat sini...RM5 tp potongannya kemas dan sangat puas hati.
Mana2 ibubapa yg anak lelakinya belajar kat Lenggong tu...leh ler bawak outing gunting rambut kat sini, ye. Lokasinya dh diberitahu kat atas tu, :)
**Teringat lagi :- Kedai gunting rambut ABBA kat pekan Baling tu, huhu...Kat situ pun murah dan kerjanya yg bagus.

Dah selesai...kitorang nak ke Kuala Kangsar pulak.
Saja2 jer ronda2 sampai ke sana sambil angah bercerita tentang kehidupan terkininya di asrama.
Pekan Lenggong...
Jambatan di tengah2 Tasek Raban..
Kat Kuala Kangsar...kitorang ke sini dulu.
Dekat Masjid Ubudiah...

Saja pulak ke sini...sebuah bangunan usang iaitu tempat yg pernah kitorang shoot outdoor pengantin majlis di Kuala Kangsar ketika waktu ujan. Dh ada gambar2 yg dilekatkan di dinding2 seperti galeri. Kebanyakannya tentang Sultan Idris..
Mercu tanda Islamik yg berada di bandar DiRaja ini..
Mmg dh lama tak dibenarkan masuk utk lawatan kat sini atas faktor keselamatan. Bangunan kayunya dh mereput, kot..
Kitorang ke bandar Kuala Kangsar.
Masuk The Store..Angah nak beli biskut.
Ke Book Store....Angah nak beli alat2 tulis utk exam nanti.
Dalam The Store...
Sebelum hantar angah..kitorang makan dulu kat KFC ni.
Beli set 2 ketul ayam jer. Abang makan beger sebijik. Saja2 jer nak rileks ketika ujan lebat, huhu.
Hmm..
Angah kata kat maktab air jap ada jap takde. Mmg kat sana kerap tul masalah takde air ni. Aku pun tak paham kenapa masalah ni masih ada sedangkan maktab tu wujud dh lama dh kat situ. LAP tak bagi kerjasama ke? Sebab masalah ni bkn efek pada asrama aje...tapi jugak pada kuarters guru2 kat dlm tu.

Disebabkan angah gunting rambut tadi...aku soh ler angah gi mandi ala kadar utk hilangkan rambut2 yg melekat kat leher dia tu. Angah mula2 takmo, hehe...tp sbb abah pun sokong ibu...angah pun kena ler gi jgk. Bkn apa...nanti balik asrama kot takde air..leher tu miang2 pulak, kan.
**sori kfc sbb tumpang mandi...bkn mandi beriya2 pun, ye ;) .

Angah dh segar...
Sampai kat trafik light ni...ada asap kilang gini...maknanya perlu masuk ke kanan utk hantar angah.
Ni...sebuah tangki air yg baru aje siap dibina (dh mula digunakan ke belum tu aku tak pasti)...utk tujuan mengurangkan masalah kekerapan takde air kat sini.
Ok...ni gambar penoh utk gambar profil fb aku, ye...huhu..
Sebelum angah turun dari kereta...mcm biasa aku bacakan doa kat telinga kanan dia, peluk cium dan ulangi kata2 semangat Angah boleh!!! ;)

**Selepas tu...kitorang masuk ke bandar Kuala Kangsar semula sbb dh janji ngan pengantin nak serah album kat sana dalam kul 6 lebih. Diorang pun masa tu jer laa yg ada masa pun nak amek album...balik kampung jumpa mak, jumpa opah, katanya..

Nota ALONA:-
~Catatan aku seorang ibu....

No comments: