Thursday, November 6, 2014

Ke Kota Bharu pulak - 3

15.09.2014
ISNIN

Kitorang jalan kaki jer ke Pasar Siti Khadijah tengah2 panas tu, hehe. Lg baik dari bersesak2 ngan kenderaan yg tersekat sbb mencari parking. Kat situ mmg susah nak cari parking kosong, ye. Kalo bernasib baik aje.... Nak senang, parking laa kat lot parking depan Istana Jahar mcm kitorang tu. Lepas tu menapak laa sket. Alaaa...mcm tak biasa, kan. Semua nak parking dpn pintu payah laa.. Dari serabut otak nak hadap jem kat jln kecik tu...baik ler senang2kan hati parking kat tempat senang, jauh sket jer pun...dan exercise, yeargh!!!
Ni mmg trade mark PSK laa, ye. Ni guna action cam.
Ni guna Sony Nex jer..
Akiss dan pupunya..
Alona dan ibu mentua tersayang, :)
Sela tengah pilih baju kelawaq blink2 ngan mak, hihi..
Kat situ jgk aku beli buah keranji. Dh lama dok cari. Sampaikan penah ler saja2 mintak tlg kawan2 yg dok Temerloh atau kat Kuala Lipis kalo terjumpa kat pasar2 tu tolong belikan, huhu. Tapi takde lak dorang terjumpa. Rupa2nya bulan 9 hari tu baru musim. Dengar citer pokok buah ni cuma berbuah 2 tahun sekali. Tapi cuba gugel2 cari info tak jumpa lak, mm.. Tp mmg dari bulan 9 ari tu sampai ke bulan 11 ni ada lagi buahnya terjual di beberapa kawasan seperti Kelantan, Kedah, Pahang.
**Buah keranji ni mmg tahan lama. Aku beli bulan 9 ari tu pun...skang ada lagi. Masih elok jer, hehe. Makan sket2 sbb buah ni masam2 manis kurang, kehkeh..

OTW jalan kaki nak ke parking tu...sempat ler soh budak2 ni bergambar kat rebana besar ni. Elok jer alat muzik gedabak ni dok kat bawah bumbung dekat ngan restoran cikgu ulam tu.
Dan sempat soh along berdiri utk bergambar berlatarbelakangkan istana ni.
Kitorang tak sempat nak masuk melawat pun sbb masa tak mengizinkan. Nak balik ke Taiping nanti kalo leh takmo sampai malam2 sangat.
Kalo nak melawat betul2...mmg kena bermalam kat Kota Bharu ni, huhu. Tapi mmg tak boleh laa. Along kena balik KL dh esoknya 16hb sbb Rabu dh kena pi kelas. Tiket bas balik pun dh dibeli. Dulu2 penah cuti2 bermalam kat Kota Bharu ni tapi tak dan jgk nak masuk situ sbb dh sebok ke tempat lain, hehe..
Anak bujang saya....
3 generasi...opah, abah, anak :)
Balik tu pun kitorang ikut jalan lain, hehe. Saja laa nak tengok2 tempat orang. Bkn nak tergesa2 sangat.  Kitorang ikut jalan dari KB ke Rantau Panjang...dh dekat sangat dh kalo nak singgah shopping lak kat situ, hihi. Tapi takde ler singgah pun. Jalan ni nanti leh keluar dekat2 je dh ngan Bukit Bunga, Tanah Merah tu. Kan kat situ ada gerai mcm kat Rantau Panjang jgk.
Hah, kat Bukit Bunga tu kitorang singgah jap. Dh dalam laluan pun. Dorang kata kat situ lagi murah2 barangnya. Duluuuu aku tengok tak banyak sgt gerai kat situ. Uii...skang dh meriah dh. Kawasan lagi besar...meriah kiri kanan jalan. Harga barang2 lagi murah dari Wang Kelian tau!!! Aku ni pasal jalan2 bajet jer. Kalo idak ntah apa2 ler yg aku beli kat situ, hahahahaha. Nafsu membeli kena kawal. Risau membeli mende tak perlu, ngeh2.

Buah salak madu kat situ pun saiz besau2, pergh!!! puas makan. Beli beras siam cap pisang. Kongsi ngan mak...saja2 laa. Kwn aku kata..beras gitu sedap kalo masak nasik lemak, nasik ayam, nasi beriani, nasi tomato...

OTW nak manjat semua Banjaran Titiwangsa di Lebuhraya Timur Barat ni....ujan pun turun lebat. Kabus tebal menyelubungi jalan dan persekitaran. Indahnya kesegaran alam, pergh!!!
Ok...kejadian yg di atas ni pulak terjadi elok jer melepasi Tasik Banding.
Alhamdulillah, akhirnya kitorang sampai jgk ke rumahku syurgaku.
Syukur Ya Allah kerana segalanya dipermudahkan.

Nota ALONA:-
~Ok, dah intai2 tahun 2015 nak cuti ke pulau mana lak, InsyaAllah jika ada rezeki.

2 comments:

el said...

syok tgk uols cuti w/pun berbajet..janji pengalaman dan hepi2 kan

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
gambor hat first pakai action cam tu saaanteeeeek la :)