RABU
Malam tu lepas Maghrib...kitorang keluar ke AEON Taiping lagi.
Kali ni nak masuk pasarayanya pulak. Nak redeem voucher RM10 x 3 yg kitorang dapat masa beli oven kat AEON Manjung bulan 4 dulu, hahaha.. Punya laa lama simpan semata2 nak guna kat Aeon Taiping ni, kehkeh..
Tgh tunggu akiss try seluar trek... |
Buat kad keahlian jugak...hehe.. |
Sebelum ni kitorang dpt voucher kat AEON Manjung tu sbb ada aunty cina tu offer guna kad keahlian dia. Bukan apa...dia nak kutip point sebab kitorang beli masa tu RM300 lebih jgk...dan dia leh dapat setem utk tukar barang jgk..
Lepas tu kitorang ronda lagi kat beberapa tempat lain yg tak sempat nak gi masa masuk pertama kali dulu. Antaranya...kedai komik anime ni..
Uii...poster seksi Nami kat atas tu...hmm.. |
Kat dlm ni banyak komik dalam bahasa cina aje lah. |
Cenderamata watak2 anime pun ada dijual kat sini. T-shirt, beg...
Angah ngan Iron Man.. |
Kat sini dorang tak guna tunai utk bayar bila beli kat satu2 gerai di food court tu. Semua kena bayar guna kad prepaid. Aku tak penah laa lagi dok makan kat sini.
Kat area food court... |
Kat lorong ni pun ada tempat nak rehat dan dh pasti jadi tempat bergambar, hahah. Nyonya2 dan apek yg ada hp berkamera pun amek gambo kat sini, tau, kehkeh.. |
Ni kat celah2 nak ke pintu kecemasan...hahahaha...abes!!!! |
Ok...ni duplicate dari art street kat Penang. Mende ni mmg ada kat satu kedai makan Kopitiam Penang pun. Maaf ler, nama penoh kedai ni mmg aku tak ingat...hehe.. |
Yg lain...meronda aje lebih...hehe..
Nota ALONA:-
~Malam ni ronda sampai mall ni nak tutup dh, hehe..
1 comment:
Assalam sis,
jumaat ni iols nak lek tepen
tapi banyak bebenor itinerary so tak sempat nakg terjah Aen tepen
sob3
ritu lek tepen deme tak bukak lagi sob3
Post a Comment